Korang tau tak, haiwan halus yang kita selalu rasa geli dan annoying macam semut boleh dijadikan satu hobi dan menghasilkan satu seni alam semulajadi yang sangat mengagumkan? Itulah yang berjaya dibuktikan oleh seorang jurugambar Rusia yang sangat suka melihat dunia makhluk seni ni dengan mata lensanya.
Andrey Pavlov, seorang jurugambar memang suka melihat kehidupan makhluk mikro seperti semut kerana pada dia, dunia semut sangat menarik dan ada kaitan dengan manusia. Kalau korang nak tahu, banyak jugak kritikan pedas dan negatif bila Andrey mempamerkan semua hasil fotografinya kepada khalayak umum. Ramai yang mengatakan ianya hanyalah hasil kesan adobe photoshop dan palsu. Walau apapun tohmahan yang diterima, Andrey tetap menerima dengan positif. Dia tidak salahkan khalayak umum kerana ada di antara mereka yang tidak tahu menilai keistimewaan foto-fotonya. Kalau korang nak tahu, semua semut yang ada dalam foto-fotonya ni ialah semut yang dilatih sendiri oleh Andrey tau. Dan Andrey jugak menyatakan bahawa salah satu fakta tentang semut adalah benar, di mana semut adalah haiwan yang cepat belajar. Kat bawah ni edy sediakan kepada korang salah satu siri hasil seni fotografi Andrey yang bertajuk Ant Stories atau Kisah Para Semut. Memang best dan unik. Korang skrol lah ke bawah perlahan-lahan ok.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana memasukkan komen anda.