Lautan Mata Kail


Korang semua nampak tak lukisan kat atas ni? Macam tak kena jer kan tajuk entri dengan gambar kat atas ni. Mana mata kailnya? Ke edy nak main game test mata korang pulak kali ni? hehehe

Sebenarnya, memang ada mata kail dalam lukisan ni. Lukisan ni dibuat daripada ratusan ribu mata kail yang selalu digunakan untuk memancing ikan tu. Hebat kan lukisan ni. Lukisan hebat ni telah dihasilkan oleh seorang artisan Cuba bernama Yoan Capote. Dalam lukisan ini, Yoan telah menggunakan sebanyak 500,000 mata kail untuk menghasilkan pemandangan lautan yang berombak tenang seperti kat atas tu. Beliau jugak telah dibantu seramai 30 orang pembantu untuk menyiapkan hasil seninya yang menakjubkan ini. Daripada jauh nampak macam lautan, tapi bila korang tengok dekat-dekat, terbongkarlah rahsia lukisan ni. Hehehe. Apa pun edy sediakan lagi beberapa gambar lukisan ni kat bawah ok. Enjoy.





No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana memasukkan komen anda.