Misteri Bintik Hitam Pada Qubbatul Khadhra’ Di Masjid Nabawi


Masjid Nabawi terletak di Madinatul Munawwarah. Dan kalau korang nak tahu kubah berwarna hijau yang ada pada Masjid ini dipanggil Qubbatul Khadhra’. Kubah hijau ini menaungi makam Rasulullah S.A.W bersama mertuanya, Saidina Abu Bakar As-Siddiq r.a dan Saidina Umar Al-Khattab r.a. Namun, korang ada perasan tak pada kubah hijau ni ada bintik hitam setipa kali gambarnya diambil. Korang rasa apakah bintik hitam tu agaknya?

Yang jawab dengan betul, tahniah. Bagi yang tak tahu meh edy bagitau korang. Sebenarnya bintik hitam pada kubah hijau tu adalah sebuah kubur. Macam mana pulak boleh ada kubur kat atas kubah tu? Jom baca sekejap kisah yang diceritakan oleh seorang tokoh sejarawan Madinah al-Munawwarah. 



Kata-kata Syeikh Az-Zabidi, 
ahli sejarah di Madinah Al-Munawwarah,: “Musuh-musuh Rasulullah s.a.w., selepas menghancurkan makam-makam mulia di perkuburan Al-Baqi’, mereka beralih ke kubah makam Rasulullah. Salah seorang daripada mereka pun naik ke puncak kubah untuk menghancurkannya, serta-merta Allah mengirimkan petir/api menyambar orang tersebut... dengan hanya sekali sambaran lelaki itu pun terus kejang dan mati sedangkan jasadnya melekat di atas kubah yang mulia itu.

Hingga kini tiada seorang pun mampu menurunkan mayat tersebut dari atas kubah. Kemudian seorang yang sangat soleh bermimpi berjumpa Nabi s.a.w. dan memberitahunya bahawa tidak akan ada seorang pun yang mampu menurunkan mayat tersebut. Dengan kata lain, orang tersebut “dikuburkan” di atas kubah itu; dengan meletakkan sesuatu di atasnya sebagai penutup.... semoga menjadi 'ibrah dan pengajaran.”





Itulah antara kisah yang edy dapat kongsi dengan korang. Benar atau tidak, wallahualam. Dan kalau ada di antara korang yang ada bukti tentang kubur di atas kubah ini, jangan segan silu untuk berkongsi dengan edy kat sini ya. Kat bawah ni edy sediakan beberapa gambar dan satu video untuk tontonan korang. Semoga kisah kat atas ni bagi pengajaran dan pedoman untuk kita semua. Amin.











2 comments:

  1. Maaf saya..

    apa yang berada di atas kubah Masjid An-Nabawi itu ialah jendela ataupun tutupan kubah yang akan di buka ketika hendak membersihkan atap kubah Masjid An-Nabawi

    dahulunya kubah ini terbuka, namun kerana dikhuatiri jikalau hujan, air akan masuk yang nanti akan merosakkan bahagian dalam Makam Rasulullah s.a.w dan dua sahabat Baginda s.a.w

    maka akhirnya ia ditutup

    jadi,cerita mengenai adanya mayat di atas kubah Masjid An-Nabawi adalah tidak benar kerana ia bukanlah mayat tetapi hanyalah jendela yang menutupi Kubah Masjid An-Nabawi..

    makna kata di sini, mungkin ada pihak yang bertujuan untuk memesongkan umat islam atau mungkin ingin memper*****kan umat islam itu sendiri.

    Cerita-cerita karut yang boleh membawa ke jalan syirik amat ditakuti.. Semoga Allah melindungi kita daripada fitnah Al Masih Dajjal.

    Wallahualam…

    ReplyDelete

Terima kasih kerana memasukkan komen anda.