Kali ni edy nak kongsi dengan korang tentang tidur. Kadang-kadang ada orang yang kurang tidur dan ada jugak yang terlebih tidur. hehehe. Islam mengajar untuk bersederhana dalam apa jua kita lakukan termasuklah dengan tidur. Kalau terlebih atau kurang tidur, boleh mengundang mudarat pada tubuh badan kita, betul tak? Jadi, kali ni edy nak kongsi tentang tidur cara Rasulullah ﷺ.
SEORANG yang berusia 60 tahun akan
menghabiskan masa lebih kurang 20 tahun untuk tidur. Sekiranya dia tidur
mengikut sunnah Rasullullah ﷺ, maka tidurnya akan jadi ibadah. Allah swt
hanya akan menerima ibadah yang dilakukan dengan ikhlas. Tidur adalah ibadat
yang paling ikhlas. Seseorang tidak perlu dipaksa atau terpaksa untuk tidur.
Ganjaran Allah swt untuk orang yang mengamalkan sunnah sangat besar. Satu
sunnah yang diamalkan berterusan akan diberi ganjaran 100 pahala mati syahid,
sedangkan satu pahala mati syahid sudah cukup untuk menjamin seseorang untuk
masuk syurga.
Di dalam tidur sendiri ada banyak sunnah. Sebaliknya, jika seseorang tidur cara
selain dari cara Nabi saw, dia hanya akan dapat kerehatan. Kalau bernasib baik,
selama 20 tahun mungkin dia dapat mengumpul 20 kilo tahi mata dan menakung 20
liter atau lebih air liur basi.
Antara Sunnah-sunnah Nabi saw sebelum, ketika dan selepas tidur.
1. Sebelum dan selepas tidur baca doa tidur. Ramai orang memperlekehkan doa
Masnun(doa harian)tapi hakikatnya harga yang Allah swt janjikan adalah syurga.
2. Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat. Ini adalah kedudukan tidur orang
yang telah mati.
3. Barangsiapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati malam itu,dia
akan dikira sebagai mati syahid. Apa itu Tasbih Fatimah? Subhanallah 33 X,
Alhamdulillah 33 X, Allahuakbar 34 X.
4. Baca 4 Qul tiup ke tapak tangan dan sapu keseluruh badan
untuk menghindarkan sihir dan niat jahat manusia.
5. Niat untuk bangun Tahajjud. Sekiranya tidak terjaga, Allah swt akan mengira
seolah-olah dia bertahajjud sepanjang malam.
Tahajjud adalah sebaik-baik pelindung daripada sihir dan buatan orang.
6.Ambil wudhu sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat 2 rakaat.
7.Maafkan semua kesalahan manusia pada kita dan halalkan semua hutang piutang
sebelum tidur. Bangun tidur boleh buka fail semula kalau mahu.
8. Tidur cara Rasulullah ﷺ dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan
di bawah pipi. Banyak lagi Sunnah Nabi ﷺ yang boleh diamal, semuanya mudah
untuk dilakukan. Lebih mudah daripada bersolek atau pakai night cream sebelum
tidur.Lebih mudah daripada buat senaman ringan sebelum tidur....
INSYAALLAH
AMAL DAN SAMPAIKAN
hahaha last sekali bab posisi tido..mule2 nak tido je ikut sunnah.then tah bentuk ape diorang buat ble dh lena
ReplyDelete