Ni ada satu resepi yang paling ringkas dan kreatif edy pernah tengok. Edy terbaca resepi unik ni di sebuah blog iaitu Warna Warni Kehidupan milik Mama dan sekeluarga. Resepinya bertajuk Fish Chips ala Melayu. Memang unik. Jom baca dan belajar sama-sama cara membuatnya.
Mula-mula potong fish cake senipis yang boleh. Lagi nipis, lagi sedap dan rangup.
Selepas itu, buat bancuh tepung beras, garam, kunyit dan air kapur. Kacau sampai sebati. Kemudian, celup fish chip yang dipotong tadi ke dalam bancuhan tepung tadi. Dan, selepas dicelup, fish chip boleh digoreng.
Inilah hasilnya, fish chips yang rangup.
Sediakan bersama sos cili atau tomato sebagai pencelup.
Mudah, kan? Jadi, apa tunggu lagi, jangan lupa cuba buat kat rumah nanti okey. Selamat mencuba korang semua.
[ sumber ]
laparnye...nyum2
ReplyDelete