Taman Tema Neraka Di Thailand


Satu taman tema di Thailand mengambil konsep yang mengerikan. Iaitu ia bertemakan keadaan di dalam neraka. Taman tema neraka bernama Wang Saen Suk ini terletak kira-kira 90 minit perjalanan dari bandar Bangkok. Dalam taman teman ni, korang akan saksikan sendiri macam mana penganut Buddha yang tak beriman akan dihukum di dalam neraka kelak. Mereka yang suka mencuri akan menjadi monyet, yang suka berbohong akan dikutuk menjadi katak. Pelbagai gambaran yang mengerikan dalam tema ni dipaparkan kepada pengunjung. Ada patung lelaki yang kantung zakarnya diratah anjing, ada yang ditikam di perut. Objektif taman teman ni diadakan ialah untuk memperingatkan kepada orang ramai supaya berkelakuan baik sepanjang hayat masing-masing. Bayaran masuk ke taman tema neraka Wang Saen Suk ni ialah 20 Baht sahaja. Jom kita tengok sama-sama macam mana pemandangan dalam taman tema ni. Enjoy.









2 comments:

  1. wah, ngeri!
    tapi terasa nak pegi.
    ;D

    ReplyDelete
  2. Naik bulu roma tengok patung patung tersebut . Satu usaha yang menarik untuk memberi peringatan kepada orang ramai .

    ReplyDelete

Terima kasih kerana memasukkan komen anda.