Siapa yang pernah melihat kerete model Daihatsu Sirion ini? Siapa yang pernah melihatnya, pasti akan tertanya-tanya, kenapa model kereta ni mirip dengan kereta Perodua Myvi Extreme? Jika korang menganggap bahawa model ini adalah daripada model Perodua Myvi Extreme, anggapan korang adalah betul.
Perodua Myvi Extreme dijual di Indonesia dengan menggunakan nama Daihatsu Sirion dan ia diedarkan oleh PT Astra Daihatsu. Apa yang dapat kita lihat di sini ialah pada model konsep Sirion Sport ini terdapat rim aloi sporti dengan corak grafik yang menarik sekali di bahagian luaran. Ini termasuk juga dengan penampilannya yang lebih kemas dan sporti di bahagian dalam dan menggunakan warna kuning dan hitam sebagai warna tema. Untuk info buat korang, kereta Myvi yang dijual di Indonesia dikenali dengan nama Daihatsu Sirion Sport dan tidak dinafikan, ia mempunyai reka bentuk yang sangat menarik. Rekaannya diberi suntikan baru agar nampak lebih sporty. Dan kereta ini sedang dipamerkan di Indonesia International Motor Show [IIMS] 2012.
wah... hebat... tp design asal myvi pon dari toyota jugak....huhuhu..
ReplyDeleteSyakir Rahman: tau xper, kan. hehehe
ReplyDeletetahun ni harap leh angkat satu huhu
ReplyDeleteTerbakor: wah, terharu abg terbakor sudi singgah sini dan komen. tq.
ReplyDelete