Di lantai lautan di wilayah Amami Oshima, struktur geometrik yang berdiameter 6.5 kaki, diukir pada permukaan pasir menjadi misteri dan tanda tanya penduduk setempat. Bagaimanakah kejadian ini boleh berlaku dan persoalan utamanya adalah siapakah yang menghasilkan bulatan seperti ini? Korang nak tahu jawapannya? Jom kita bongkar sama-sama.
Yoji Ookata, jurugambar dasar laut yang berpengalaman melebihi 50 tahun dalam bidangnya, telah mengambil keputusan untuk mengambil gambar di dasar laut di wilayah Amami Oshima. Semasa beliau mengambil gambar di dasar laut, beliau telah menemui sesuatu yang sangat luar biasa. Bulatan geometrik di dasar laut pada kedalaman 80 kaki paras laut. Beliau sangat kagum dengan penemuan beliau namun masih menjadi tanda tanya dalam hati beliau, siapakah yang melakukannya? Jadi, beliau bercadang untuk meletakkan kamera statik di dasar laut tersebut di kawasan yang lain. Dan, akhirnya beliau berjaya menemukan artisan yang menghasilkan bulatan misteri ini.
Inilah artisan tu, ikan buntal. Ikan buntal menghasilkan bulatan yang besar ini dengan menggunakan sirip di kiri dan kanannya, malah ia bekerja siang dan malam untuk menghasilkan bulatan tersebut. Apa motifnya ikan buntal ni buat bulatan tu, kan? Kalau korang nak tahu, ikan buntal yang jantan buat bulatan ni untuk menambat hati ikan buntal betina selepas mereka mengawan. Selepas bulatan tersebut siap, ikan buntal betina akan menetaskan telur di tengah-tengah bulatan. Kiranya, bulatan ni sebagai tanda cinta ikan buntal jantan untuk ikan buntal betina. So sweet, kan? Kalaulah Raja Shah Jahan mampu memberikan Taj Mahal untuk permaisurinya, Mumtaz Mahal, ikan buntal ni pun boleh. Kalau korang nak tahu, pada bulatan ni terdapat tebing-tebing. Ini untuk melindungi telur ikan buntal yang bakal menetas daripada ancaman musuh-musuh. Hebatkan ciptaan Allah S.W.T. Tak sangka ada artisan yang hebat di alam flora dan fauna ni. Jom tengok lagi gambar-gambar lain mengenai bulatan kasih sayang oleh si ikan buntal ni.
[ sumber ]
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana memasukkan komen anda.