Seluar dalam berwarna biru terang dan mempunyai sedikit kesan kotoran ini, telah dipakai oleh penyanyi legenda iaitu Elves Presley ketika mendiang mengadakan konsert pada tahun 1977, tahun mendiang meninggal. Seluar dalam ini diperolehi daripada bapa mendiang, iaitu Vernon Presley dan seluar dalam ini akan dilelong di Stockport, Cheshire. Bapa mendiang berminat untuk melelong seluar dalam milik mendiang untuk menyambut ulangtahun kematian mendiang Elvis Presley yang ke-35.
Dijangkakan seluar dalam mendiang Elvis Presley ini mampu meraih harga sehingga £10,000 [RM49,664.75] Fuh! Buku Bible milik mendiang pula dijangka mampu dilelong sehingga harganya mencecah £25,000 [RM124, 155.07]. Mak aii, seluar dalam saja boleh mencecah sampai puluhan ribu ringgit. Pergh!!! Ada ke nanti nak keluar duit beribu-ribu semata-mata nak beli seluar dalam. Huhuhu
[ sumber ]
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana memasukkan komen anda.