Shah Rukh Khan Sambut Aidilfitri Sendirian


Sebentar tadi, edy baru terbaca satu entri kawan blogger edy iaitu Encik Zamani. Kalau edy tak terbaca entri ni, edy sendiri terlupa bahawa insan ini juga merupakan saudara seagama dengan kita umat Islam. Siapa yang tidak kenal dengan aktor Bollywood yang terkemuka ini, iaitu Shah Rukh Khan. Tahun ni, Shah Rukh Khan menyambut hari raya aidilfitri sendirian tanpa di samping keluarga. Kenapa? Jom kita baca sama-sama. 

Kebiasaannya bintang tersohor Bollywood, Shah Rukh Khan akan menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama isterinya, Gauri dan anak-anak, Aryan dan Suhana serta kakaknya, Lala Rukh. Namun, disebabkan kesibukan tugasnya sebagai seorang pelakon, kali ini dia terpaksa beraya bersendirian.

Hero Bollywood itu terpaksa beraya di lokasi penggambaran filem terbarunya di Ladakh dan Kashmir, sejak beberapa hari sebelum ketibaan Aidilfitri.

“Selamat hari raya untuk semua. Semoga Allah mengurniakan kita semua kebahagiaan. Saya sangat teruja untuk bertakbir di lembah asing di Ladakh ini, insya-Allah.

Bersendirian beraya kali ini di sebatang jalan yang dingin, di mana-mana saja… hanya memeluk tubuh, merayakan hari bahagia dengan rasa gembira,” katanya dalam laman Twitter miliknya.

3 comments:

  1. a'ah ade gak terbace dlm twitter die.. huhuhu ciannye

    ReplyDelete
  2. Chenta Eyfa Latieyfa: nak buat mcm mana, ada tugas perlu dilakukan. huhuhu.

    RazFiRa: Oh, yeker. edy pun nak follow twitter beliaulah. hehehe

    ReplyDelete

Terima kasih kerana memasukkan komen anda.