Penemuan Sup Berusia 2,400 Tahun Di China


Ketika proses pembersihan makan kuno dilakukan, ahli arkeologi China telah menemukan satu penemuan yang sangat mengejutkan. Mereka menemui sebuah mangkuk yang berisi sup tulang dan ia berusia 2,400 tahun. Wow, hebat betul penemuan diorang ni. Sup orang zaman dulu masih lagi bertahan selepas 2,400 tahun tuh.

Artifak yang menakjubkan itu ditemui di Kota Xi'an, ibu kota provinsi Shaanxi, China. Itulah pertama kalinya mereka menemui mangkuk sup yang mengandungi cecair dan tulang binatang di dalamnya. Artifak tersebut dihantar ke makmal untuk penyelidikan lebih teliti untuk menentukan tulang apakah yang berada di dalam sup tersebut. Sup tersebut mungkin kelihatan tidak sedap lagi, namun ia merupakan sup tertua di dunia. Mungkin ia adalah sup tulang rusuk ataupun sup kelawar...? Jom tengok lagi beberapa gambar sup tertua ini dan satu video yang edy sediakan untuk korang okey.





[ sumber ]

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana memasukkan komen anda.