China – Akibat terlampau ghairah kerana menyangka mendapat berita ekslusif, seorang wartawan muda dari China mendapat malu besar dan menjadi bahan ketawa selepas menyangka alat mainan seks yang ditemui sekumpulan penduduk kampung sebagai cendawan.
Peristiwa berkenaan berlaku selepas stesyen televisyen Xi’an mendapat panggilan daripada penduduk di kampung Liucunbu mengenai penemuan benda tersebut ketika mereka sedang menggali perigi.
Xi’an kemudiannya menghantar wartawan Yunfeng Ye ke tempat lokasi.
Setibanya di perkampungan itu, dia kemudiannya membuat ulasan panjang lebar mengenai penemuan `cendawanan’ berkenaan termasuk bentuknya.
“Kira boleh melihat ia menyerupai mulut, manakala di bahagian sebelah lagi ada lubang yang menghubungkan antara satu sama lain. Ia amat lembut seolah-olah seperti daging,’’ lapornya dalam laporan berita di televisyen berkenaan.
Yunfeng turut mendakwa ia merupakan cendawan yang digunakan untuk perubatan iaitu `taisui’ yang memerlukan keadaan tertentu untuk menanamnya.
Bagaimanapun, selepas laporan berkenaan disiarkan, stesen televisyen itu menjadi bahan ketawa apabila orang ramai tampil memberikan penjelasan bahawa `cendawan’ itu sebenarnya adalah alat seks untuk lelaki.
Yunfeng teruk dibelasah selepas kejadian itu. Ramai yang menyifatkannya sebagai tidak cerdik.
“Mereka tidak dapat membuat perbandingan antara silikon dan tanaman organik’.
“Ia langsung tidak nampak seperti cendawan. Mereka ini tidak buat penyelidikan dulu ke sebelum menyiarkan laporan seperti ini,’’ itu antara kecaman yang diterimanya dalam laman web.
Sehari selepas program itu diterbitkan, stesen televisyen berkenaan telah menyiarkan permohonan maaf menerusi laman web Sina Weibo.
“Program kami malam tadi telah menjadi bahan ketawa,’’ kata kenyataan itu yang turut melahirkan kekesalan di atas laporan yang salah itu.
Aduyai, kalau ya pun siasatlah dulu sebelum buat liputan. Tak pasa-pasal dah dapat malu. Hohoho. Kat bawah ni edy sediakan videonya untuk tatapan korang semua okey.
Adehhh...
ReplyDeleteMacam manalah boleh tak kaji dulu..
Dah tak pasal dapat malu...