Adakah Mayat Diawet Itu Najis?


Timbul satu persoalan, adakah mayat atau jenazah yang diawet itu termasuk dalam kategori najis? Jom baca soal jawab kat bawah ni ok.

Soalan :
Assalamualaikum.
Saya ada satu soalan. Saya merupakan pelajar perubatan. Saya akan membedah mayat dua kali seminggu. Soalan saya adakah mayat yang telah diawetkan dengan bahan kimia dikira sebagai najis? Adakah bau (bahan kimia pada mayat) yang melekat di baju (bau sahaja) juga dianggap janis, kerana walaupun menggunakan pelindung pakaian (apron), tetapi bau masih melekat di baju.
Sekian, terima kasih.
Jawapan :
Mayat manusia adalah tidak najis walaupun ia seorang yang musyrik. Ini berdasarkan firman Allah SWT :
” Dan Kami (Allah) telah memuliaka anak Adam”. Adapun darah, najis, kencing dan sebagainya dari mausia itu adalah najis. Adapun ayat Al-Quran yang bermaksud : “Sesungguhnya orang musyrik itu adalah najis. bermaksud akidah mereka yang bathil itu adalah najis. Adapun bau yang melekat di pakaian adalah dianggap tidak najis.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana memasukkan komen anda.