Makanan Untuk Berhala Bolehkah Dimakan?


Soalan    :
Assalamualaikum,
Baru-baru ini saya ke rumah seorang kawan berbangsa cina bersama dgn anak berumur 3 tahun. Apakah hukumnya anak saya memakan buah pisang yang diletakkan didepan tokong itu. Saya diberitahu bahawa makanan yang disembah itu haram memakannya. Minta penjelasan ustaz sewajarnya. Terima kasih.

Jawapan     :
Assalamualaikum.
Alhamdulillah. Salawat dan salam ke atas Rasulullah SAW.
Makanan yang dibuat atau diletakkan di suatu tempat dengan niat atau tujuan untuk diberi kepada berhala yang disembah/dipuja adalah haram dimakan kerana syiriknya meskipun pada zatnya makanan itu adalah halal seperti pisang, limau dsb. Oleh itu, wajib menghindarkan diri daripada memakan perkara tersebut.
Sekian, wassalam.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana memasukkan komen anda.