Kepada para youtubers dan kipas-susah-mati Youtube mesti tahu pasal cabaran kayu manis atau bahasa omputihnya ialah cinnamon challenge, kan? Ada yang tak tahu? Okey meh edy terangkan sedikit mengenai cinnamon challenge ni. Cinnamon challenge merupakan salah satu pertandingan makan. Objektif cabaran ialah mesti menelan satu sudu serbuk kulit kayu manis dalam masa 30 saat tanpa meminum apa-apa, dan rakam aksi tersebut. Kemudian, muat naik video tadi ke internet.
Cabaran ini akan menjadi sangat sukar kerana serbuk kulit kayu manis cepat mengering di dalam mulut, menyebabkan ia sukar sekali untuk ditelan. Cabaran ini bermula sejak tahun 2001 lagi dan ia mula menjadi popular pada tahun 2007. Pada tahun 2010, ramai orang yang memuat naik video masing-masing yang melakukan cabaran ini di Youtube dan laman sesawang sosial yang lain. Cabaran ini terus giat aktif dari tahun ke tahun hingga ke tahun ini. Kalau korang nak tahu, banyak sekali risiko untuk cabaran ini tau. Antaranya risikonya ialah tercekik, muntah, dan batuk. Jangan terkejut ya ada yang masuk hospital gara-gara cabaran kayu manis ni tau. Satu kes terjadi di Michigan di mana seorang pelajar sekolah tinggi dimasukkan ke hospital selama empat hari kerana paru-paru kanannya tidak berfungsi dan ada jangkitan gara-gara cabaran ini. Jadi, jangan sesekali nak cuba buat cabaran ni okey. Kat bawah ni edy sediakan beberapa video daripada para youtubers yang berani untuk melakukan cabaran gila ini. Ramai yang gagal dan hanya segelintir sahaja yang berjaya. Edy nasihatkan sekali lagi, jangan tiru aksi video-video di bawah ini. Sebarang kesulitan edy tidak akan bertanggungjawab Harap maklum.
Mempersembahkan para peserta
THE CINNAMON CHALLENGE
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana memasukkan komen anda.