Kenapa Digalakkan Melakukan Solat Sunat Rawatib?


Barulah edy tahu kenapa ayah atau mak, atau ustaz dan ustazah kita menggalakkan kita melakukan solat sunat rawatib, iaitu solat yang dilakukan sebelum dan selepas solat fardhu. Edy nak berkongsi dengan korang satu artikel ni. Mudah-mudahan akan beri manfaat kepada korang semua. Kongsilah jugak entri ni dengan rakan-rakan lain ya. Insya-Allah.

Kalau korang nak tau, solat sunat rawatib ni kalau dilihat betul-betul seolah-olah sebagai TOP-UP solat-solat kita yang entahkan diterima atau pun tidak. Artikelnya edy sediakan di bawah ni ya. Jom baca dan amalkan bersama-sama. Insya-Allah.



Solat Sunat Rawatib


Amalan pertama yang akan dihisab pada hari Kiamat adalah SOLAT.

Allah mengarahkan malaikatnya sedangkan DIA Maha Mengetahui, 'Nilailah solat hamba Ku, sempurna atau kurang'.

Sekiranya solatnya sempurna, maka ia direkodkan sebagai sempurna. Sekiranya ada kekurangan,

Allah mengarahkan lagi, 'Adakah hamba Ku mempunyai solat sunat? Sekiranya ada, sempurnakan solat fardhunya dengan solat sunatnya...'

(Riwayat Abu Daud, Al-Nasaie dan Ibnu Majah)


Dari Ibnu Umar berkata, "Rasulullah s.a.w. tidak meninggalkan solat (sunat) 10 rakaat iaitu

✔ 2 rakaat sebelum Zohor,
✔ 2 rakaat selepas Zohor,
✔ 2 rakaat selepas Maghrib,
✔ 2 rakaat selepas Isyak dan
✔ 2 rakaat sebelum Subuh."

(Riwayat Ahmad dan Tirmizi)


0 orang dah puas hati: