Showing posts with label Rak Kemahiran. Show all posts
Showing posts with label Rak Kemahiran. Show all posts

Iklan Yang Membanggakan Pihak JAWI


Sekarang ni sudah banyak berlaku jenayah yang melibatkan akidah orang Islam. Bunuh diri, buang bayi, zina dan banyak lagi. Ada satu iklan yang diletakkan pada sebuah teksi ni yang amat bagus dan edy rasa boleh buat pihak JAWI rasa bangga. 

Cara Menangkap Ikan Gaya Otai


Siapa yang suka memancing ikan? Apa, korang guna pancing? Apa barang guna pancing dengan mata kail. Jom kita tengok gaya otai menangkap ikan besar. Memang sempoi dan ohsem ya. Terbaik!!!

Cara Makan Gula-Gula Tic Tac Gaya Otai


Siapa suka makan gula-gula Tic Tac ni? Mesti ada yang gemar beli gula-gula ni terutamanya bila bosan tengah tunggu seseorang atau tunggu bas atau teksi atau tren. Sebab edy suka makan gula-gula ni dulu masa nak tunggu tren balik rumah. Bosan kan, jadi makan gula-gula ni jadi hiburanlah untuk edy. Huhuhu. Apa pun kali ni edy nak berkongsi dengan korang macam mana nak makan gula-gula Tic Tac gaya otai. Jom kita tengok sama-sama.

Teknik Tekan Tubi Paling Susah Di Dunia

Korang mampu buat pumping macam ni? Hehehe

Video Ohsem Minggu Ini


Video terbaik ni dilakukan di sebuah bangunan sekolah tinggi bernama HESAV [Health High School Vaud] di Lausanne, Switzerland. Mereka hanya menggunakan tingkap dan bidai-bidai dengan dibantu oleh beberapa tenaga pengajar dan pelajar di situ. Sangat unik dan ohsem video ni. Seni pixel yang sungguh ohsem dan sempurna. 

Yang Mana Satu Si Neko?


Dah lama jugak tak main permainan yang test mata korang ni. Apakata, kali ni edy ajak korang main permainan ni. Jom test kejap mata korang dengan gambar kat bawah ni. Objektifnya ialah cari si neko [kucing] dalam gambar tu. Itu je.

Cikgu Yang Handal Melukis Bulatan Dengan Sempurna


Gambar kat atas ni menunjukkan seorang guru sedang berada dalam sesi pengajarannya. Nama cikgu ni ialah Alexander Overwijk. Dia seorang guru yang sempoi dan kelakar orangnya. Tetapi, ada satu kemahiran yang orang lain tak dapat tandingi daripada dia. Rasanya dia boleh pegang rekod dunia. Iaitu kemahiran melukis bulatan.

Mentega Kacang Hilangkan Calar Pada Cakera Padat


Siapa suka makan roti sapu mentega kacang? Angkat tangan! Hehehe. Edy pun suka makan roti sapu mentega kacang. Mentega kacang selalunya digunakan hanya untuk makan dengan roti atau membuat juadah ain. Tetapi, pernah tak korang terfikir, kita boleh gunakan mentega kacang untuk hilangkan calar pada cakera padat [cd] tau. Mesti tak terfikir punya, kan? Jom kita tengok sama-sama cara gunakan mentega untuk hilangkan calar pada cd. 

Rekaan T-Shirt Yang Ohsem


"Hugs keep us alive." Itulah slogan yang ada rekaan t-shirt kat atas ni. Gambar pada t-shirt ni jugak ohsem. Teringin nak ada satu t-shirt. huhuhu. Jom kita tengok sama-sama macam mana agaknya rekaan gambar pada t-shirt ni.

Poster Troll Yang Memang Troll


Poster di atas ni ialah poster mengenai seni troll. Kalau korang nak tahu, kemahiran troll sampai diangkat menjadi satu seni. Jadi, poster ni dihasilkan untuk menerangkan cara-cara nak menggunakan seni troll ni. Jom kita baca sama-sama poster ni.

Gambar Raya Bersama Famili Yang LOL


Dah lama tak test mata korang. Hari ni edy nak uji korang semua dengan satu gambar keluarga di hari raya. Apa yang korang nampak spoil dalam gambar ni. Jom kita cari sekarang.

Cara Main Bola Jaring Yang Ohsem


Siapa yang suka main bola jaring? Kali ni edy nak kongsi dengan korang macam mana cara nak main bola jaring yang ohsem. Jom kita tengok sama-sama.

Para Adiwira Versi Ikan Dugong


Seperti sebelum ini, edy dah tunjuk kat korang pelbagai versi adiwira, kan? Kali ni edy nak tunjuk lagi dengan korang lagi satu versi adiwira iaitu versi ikan dugong. Memang sangat comel dan montel-montel semuanya. Hehehe. Jom kita tengok sama-sama.

Ukiran Pencungkil Gigi Yang Mengagumkan


Siapa sangka, dengan hanya menggunakan pencungkil gigi sahaja boleh menghasilkan satu hasil seni yang mengagumkan. Kali ni edy nak kongsi dengan korang beberapa ukiran daripada kayu pencungkil gigi yang sangat menakjubkan. Jom kita tengok sama-sama.

Rambut Palsu Air Yang Ohsem


Seni menggunakan air memang tiada batas. Kali ni edy nak kongsi dengan korang rambut palsu yang diperbuat daripada air. Pelik, kan? Hehehe. Sebenarnya, rambut palsu air ini menggunakan belon yang berisi air di dalamnya Ketika ia diletupkan, kamera mikro akan menangkap shot ketika belon itu pecah. Dan, hasilnya sangat ohsem. Beri tepukan tangan kepada jurugambar Tim Tadder. Jom kita tengok hasil seni rambut palsu air ni.

Koleksi Gambar Vintaj Yang Menyeramkan


Kali ni, edy nak kongsi dengan satu koleksi beberapa vintaj atau gambar lama yang agak menyeramkan. Hehehe. Sebenarnya, kesemua gambar ni diambil daripada akaun Flickr milik Library of Congress dan ia diberi sentuhan seram dalam format GIF oleh artis bernama Kevin J Weir. Sebelum tu, edy nak mohon maaf sebab entri ni korang kena bersabar sedikit sebab gambar akan mengambil masa sedikit untuk loading ketika entri ini dibuka. Harap maklum. Jom kita lihat koleksi gambar-gambar ini sama-sama.

Bila Pokemon Dilukis Oleh Tim Burton


Siapa pernah dengar nama Tim Burton? Ya, beliau merupakan seorang pengarah filem yang terkemuka. Kali ni edy nak kongsi dengan korang apa akan jadi apabila watak-watak dalam Pokemon mendapat sentuhan Tim Burton. Nak tahu? Jom kita selidik sama-sama.

Gambar Kenangan Terbaik Versi Malaysia


Selalu kita tengok gambar memori dari luar negara di mana pada zaman kanak-kanak atau zaman muda-muda sampai gambar terkini, posisi mereka ambil gambar tidak berubah, kan? Kali ni edy nak kongsi dengan korang yang versi Malaysia pulak. Memang terbaik. Tabik spring.

Cara Mudah Dan Murah Membuat Lensa Mikro Untuk Telefon Berkamera


Kali ni edy nak kongsi dengan korang semua cara-cara nak buat lensa mikro yang tak payah nak keluarkan duit banyak-banyak. Ia mudah lagi murah. Kualitinya pulak sama dengan lensa mikro yang dibeli di kedai dengan harga yang mahal. Tak percaya? Jom kita ikut tutorial kat bawah ni satu per satu, okey. 

Lemang Yang Pelik Lagi Unik


Ini pertama kali edy tengok lemang yang sebegini rupa tau. Belum pernah dengar, tengok apatah lagi nak rasa, kan? Ada tak antara korang yang pernah tengok atau rasa lemang yang ini?