Fakta Sebenar Mengenai Para Pelakon Porno

Entri ini untuk bacaan dewasa sahaja. Harap maklum.

Pornografi merupakan satu industri yang sangat meluas di negara barat. Malah ia juga ada di negara-negara Asia. Mereka yang pernah menonton porno atau tidak pasti tidak tahu realiti sebenar mengenai para pelakon porno ini. Jadi, hari ni edy nak berkongsi dengan korang fakta sebenar mengenai para pelakon porno.


Bagi lelaki hidung belang atau peminat filem lucah, apa yang penting adalah kepuasan maksima menonton video kegemaran mereka.
Bukan sekadar lelaki kerana wanita juga merupakan antara kelompok yang agak besar meminati filem lucah kerana membentuk 28 peratus daripada pengunjung ke laman web seperti itu
Ramai yang pastinya terfikir bahawa industri pornografi (porno) adalah satu industri yang menyeronokan.
Mungkin ya kepada lelaki yang berkerja dalam industri itu.
Namun, bagi sebahagian pelakon wanita, industri porno bukanlah sesuatu yang menarik.
Sebenarnya, di sebalik penggambaran, ramai dari mereka yang terdedah kepada penderaan fizikal dan mental dalam industri yang didominasi sepenuhnya oleh lelaki.
Kegagalan mematuhi syarat lakonan menyebabkan ada di kalangan pelakon wanita yang dipukul atau dicerca dengan teruk.
Bila peminat menyaksikan video atau babak filem lucah, mereka sebenarnya disajikan dengan aksi yang sudah diedit bagi memperlihatkan ia sesuatu yang menarik.
Sedangkan, di sebalik sesi penggambaran, ia tidaklah seindah hasil akhirnya yang dipertontonkan kepada para peminat.
Pelakon wanita terutama yang amatur atau baru mahu mencipta nama, kerap kali akan dipaksa melakokan babak-babak yang mendatangkan kesakitan yang amat dan mampu menyebabkan mereka dijangkiti penyakit.
Secara tidak langsung mereka adalah mangsa penderaan seksual walaupun memasuki industri berkenaan atas kerelaan hati sendiri.
Video klip di bawah pula mendedahkan bahawa;
Seramai 36 bintang filem porno mati akibat HIV, bunuh diri, pembunuhan dan penyalahgunaan dadah antara tahun 2007 hingga 2010.
Lebih 100 pelakon (performers) sama ada gay atau sebaliknya mati akibat AIDS.
Hampir 70 peratus jangkitan penyakit kelamin berlaku kepada wanita.
Hampir 66 peratus pelakon porno memiliki herpes, sejenis penyakit yang tiada ubat.
Namun, di sebalik semua ini, industri bernilai puluhan bilion dollar AS itu sebenarnya tidak pernah mengalami kekurangan pelakon.
Ada sahaja lelaki dan wanita yang menunggu di pintu masuk syarikat produksi untuk mendapat peluang berlakon.
Jangan terperanjat, jumlah yang diterima adakalanya mampu menewaskan pelakon biasa.
Jenna Jameson dan Tera Patrick mendapat sehingga hampir RM100 juta setahun melalui lakonan mereka.
Mungkin disebabkan bayaran yang tinggi dan glamour yang menanti, ramai wanita yang berani mencuba nasib walaupun sebahagian berakhir menjadi mangsa penderaan fizikal dan mental.
Klip di bawah menceritakan serba-sedikit kesukaran yang dilalui.
Harus diingati, tujuan artikel ini bukan untuk mengalakkan sesiapa ke AS untuk mencuba nasib dalam industri itu dan klip di bawah memiliki paparan yang agak keterlaluan dan lucah.
Tonton atas pilihan sendiri.

[ sumber ]

0 orang dah puas hati: