Menara Bulan Sabit di Dubai


Sekali lagi Dubai ingin menunjukkan kemampuannya dalam membina bangunan pencakar langit yang hebat belaka. Kali ni, Dubai bakal membina sebuah menara yang berbentuk bulan sabit dan akan menjadi menara pencakar langit di Dubai. Menara ini akan dibina di Taman Za'abeel yang terletak di timur laut Dubai World Trade Centre [DWTC]. Menara yang unik ni dibina bukan sahaja untuk melambangkan bahawa Dubai merupakan sebahagian daripada dunia Islam malah ia juga ingin menunjukkan taraf teknologi dan ekonomi di Dubai. 





Menara bulan sabit ni mempunyai 33 tingkat dan ia bakal dibina di tebing Lautan Kaspia. Antara kemudahan yang disediakan seperti perpustakaan kanak-kanak, bilik-bilik persidangan, sebuah restoran, kafe yang banyak dan pelbagai, dan satu pelantar tinjau terbuka. Walaupun ia baru sahaja dicadangkan, berkemungkinan besar ia akan mula dibina secepat mungkin. Menara ini dikatakan bakal siap pada tahun 2015 serentak dengan satu lagi projek iaitu Hotel Bulan Penuh [Full Moon Hotel]. Ia boleh menampung tapak yang seluas 220 hektar di mana dahulunya kawasan itu merupakan hab storan bagi industri itu. Tempat ini sekarang telah dibersihkan dan disediakan untuk pejabathotel-hotelrumah-rumah dan perkhidmatan untuk 50,000 penduduk-penduduk Baku dan 48,000 pekerja. Dahsyat betul usahawa Dubai ni. Hehehe.

1 orang dah puas hati:

Anonymous said...

tumpang bangga sbb ada negara islam yg maju mcm ni..tp kalau xsilap kn, kebanyakan bngunan2 ni die pnye arkitek dr europe kan, bukn org islam..

tp knpe negara2 teluk yg kaya ni mcm xde usaha nk tolong palestine & negara seangkatanya yg tgh brgolak tu? *pelik...