Makan Coklat Sambil Menggigil


Korang suka makan coklat? Edy sendiri adalah penggemar coklat. Selalu kita tengok coklat yang dijual mesti mempunyai bentuk yang tersendiri, kan? Selalunya, mestilah kiut-miut, betul tak? Tapi, edy nak tanya korang, korang berani tak makan coklat kat atas ni?





Seram tak bila tengok. Kalau korang nak tahu, tengkorak ni boleh dimakan tau. Korang jangan terkejut dulu. Sebenarnya, semua tengkorak ni adalah coklat. Coklat ni berbentuk sebiji tengkorak, sama saiz dengan tengkorak manusia sebenar. Seram pun ada jugak. Nak makan pun menggigil, kut. Hehehe. Berat sebiiji tengkorak coklat ni ialah 2.5 kg. Ia diperbuat daripada coklat Belgium yang berkualiti tinggi. Dan ia disediakan dalam tiga perisa iaitu coklat putih, coklat susu dan coklat hitam. Jadi, ada berani ke korang nak makan tengkorak coklat ni? Hehehe. Bon appetit.

Coklat Putih

Coklat Susu

Coklat Hitam

Tekstur pada permukaan tengkorak coklat yang memang realistik. 

0 orang dah puas hati: