Telefon Bimbit Yang Pernah Popular Satu Ketika Dahulu


Sebelum kehadiran telefon yang canggih-canggih macam sekarang seperti samsung galaxy, iPad, iPhone, Blackberry dan macam-macam lagi, korang masih ingat lagi tak telefon lama korang? Jom kita imbas semula kenangan korang semua termasuk edy mengenai 5 jenis telefon bimbit yang pernah popular satu ketika dahulu.


5 | Nokia 3210



















Tipis dan boleh diganti-ganti covernya, Nokia 3210 adalah salah satu handphone yang paling popular di masanya. Katanya ini juga merupakan salah satu handphone yang paling laku sepanjang masa. Nokia 3210 juga merupakan handphone pertama yang antenanya ada di dalam. Nokia 3210 begitu popular sehingga ada handphone yang terinspirasi dari HP ini.


4 | Ericsson T10














Sebelum mereka bergabung dengan Sony, Ericsson ada melahirkan telefon bimbit sendiri. Salah satu yang paling popular adalah T10, dari jenis ‘flip’ yang berwarna-warni. Tapi berbeza dengan Nokia 3210, ‘cover’ mereka tidak boleh diganti-ganti. Jadi kalau anda mahukan koleksi semua warna, anda kena beli telefon bimbit tersebut!


3 | Nokia 8210





















Pada masanya, Nokia 8210 adalah handphone yang paling kecil dan paling mudah. Tersangat kecilnya, handphone ini agak sukar untuk berSMS, apatah lagi bagi yang mempunya jari bersaiz besar. Dulu harganya mahal dan cuma kawan-kawan kita yang bergaji besar sahaja mampu memilikinya.


2 | Motorola RAZR























Dulu Nokia memang HP yang paling popular. Tapi dari segi ‘design’, Nokia bukanlah yang paling ‘seksi’. Di sinilah Motorola RAZR mengambil tempatnya. Dibandingkan dengan Nokia, ciri RAZR memang tidak sebagus HP-HP Nokia. Tapi dari segi bentuk, RAZR ini memang cantik. Tipis dan kesannya elegan .


1 | Nokia 5110

























Dan inilah handphone ‘sejuta umat’ yang pertama. Nokia 5110 adalah salah satu HP pertama yang covernya boleh diganti-ganti, jadi semua orang yang mempunyai HP ini boleh ada cover yang unik. Tapi ciri ganti-ganti cover ini sebenarnya biasa saja. Yang paling istimewa sebenarnya kerana Nokia 5110 mempunyai game Snake! Inilah mobile game yang popular zaman dulu, jauh sebelum eranya Angry Birds.



10 orang dah puas hati:

Jna marcello said...

alaaa RINDU all those this phone!!!
phone canmi jatuh berjuta kali pun xde nk rosak! klau phone zaman skrng ..terkene kuku pun da xbole guna adehh!!! ;p

Orang Kita said...

bila nokia nak wat comeback ek agak2,, huuu ^^

Edy Ramanov said...

Jna marcello: henpon dulu memang tahan lasak.

Poi Blogger: entahlah. tunggu dan lihat seja. hehehe

Anonymous said...

HP plg bertahan lama n org kata baling kt anjing pn anjing mati ialah Nokia 3310.. mmg tahan giler.. cover pn always tuka..hehe

Edy Ramanov said...

Haslinda Ariffin: hehehe. jatuh banyak kali pun, masih lagi okey, kan?

Raz said...

nokia 3310 adalah wajib ada! :P untuk bdk zaman dulu2 lew

Drexar21 said...

Eh Nokia 3310 x ada ke?

Edy Ramanov said...

RazFiRa: alamak terlupa pulak. xper, edy ganti dgn buat entri khas untuk nokia 3310 okey. =)

Drexar21: ada di entri terbaru jap lagi. =)

Farah Deeb said...

LOL! Saya penah pakai 8210 kaler merah pastu ade keling ni dtg opis curik! Suke sgt tepon tu sbb comel giler!

Edy Ramanov said...

FARAH deeb: alahai, kesiannya. huhu