Maria Ozawa Dalam Buku Latihan Sekolah Menengah


Sebelum itu, hal tak disangka ni berlaku di negara jiran kita iaitu Indonesia, bukan di negara kita. Hehehe. Pelakon dari negara Jepun ini sangat terkenal di Indonesia dan dia juga dikenali dengan nama Miyabi di sana. Kalau korang nak tahu, orang Indonesia sangat menyayangi Maria Ozawa sehingga ketika berlaku gempa bumi dan tsunami di Jepun pada tahun lepas, diorang sibuk mendoakan keselamatan Maria Ozawa melalui Twitter sehingga twitter Indonesia trending dengan nama Maria Ozawa. Oleh kerana obses yang melampau, kemungkinan ada guru yang gian seks atau pihak penerbit buku yang memujanya sehingga telah mencetak gambar pelakon porno tersebut ke dalam sebuah buku latihan.

Berikut adalah petikan akhbar daripada Jakarta Post yang telah diterjemah untuk memahami situasi mengapa gambar Miyabi berada di dalam buku latihan tersebut:

Pihak berkuasa Indonesia semalam melakukan siasatan mengenai bagaimana gambar pelakon lucah Jepun, Maria Ozawa dicetak pada buku latihan pelajar sekolah menengah di negara ini.
Buku latihan bahasa Inggeris pelajar tahun tiga di sebuah sekolah agama di Jawa Timur mengandungi gambar Ozawa yang lengkap berpakaian dan pelajar diminta menerangkan siapa wanita terbabit.
“Sudah tentu pelajar akan melayari Internet untuk mengetahui siapa Ozawa dan perkara itu boleh merosakkan akhlak mereka,” kata jurucakap Menteri Pendidikan dan Kebudayaan kepada Jakarta Post.

Memanglah dalam buku latihan tu Maria Ozawa lengkap berpakaian, tapi kan nampak sangat menggalakkan budak-budak sekolah tu layari internet, nak cari pasal Miyabi. Dahlah kalau cari kat Google, gambar porno dia yang akan keluar dulu. Tak ke naya. Aduyai...

0 orang dah puas hati: