Doktor Ini Bedah Dirinya Sendiri


Kalau orang biasa kena bedah, yang membedahnya pastilah doktor bedah, kan? Tetapi, macam mana pulak apabila seorang doktor tu kena menjalani pembedahan pulak? Mestilah doktor bedah lain yang bedah doktor tu kan? Tetapi, tidak kepada seorang doktor bernama Leonid Rogozof. Beliau membedah sendiri tubuh badan beliau. 



Pada tanggal 29 April 1961, seorang doktor dari ekspedisi Antartika Rusia [Kutub Selatan] di stesen ekspedisi "Novolazarevskaya", Leonid Rogozof [27 tahun] merasakan badannya demam dan bahagian bawah perutnya terasa sakit sekali. Keesokan harinya, keadaan beliau semakin parah. Tak mungkin di daerah kutub yang terpencil itu beliau boleh menyewa pesawat untuk membawanya ke hospital. 



Tak mungkin pula beliau meminta pertolongan doktor yang lain, kerana beliau adalah satu-satunya doktor yang ada di temat ekspedisi tersebut. Akhirnya, pada malam 30 Aril 1961, Dr. Leonid terpaksa melakukan pembedahan terhadap dirinya sendiri, untuk memotong dan mengeluarkan organnya iaitu apendik yang telah terkena radang. Dalam pembedahan tersebut, beliau menggunakan bius tempatan [local anesthesia], dibantu oleh seorang mekanik dan seorang ahli meteorologi yang ada di dalam ekspedisi tersebut. Sambil berbaring separuh membongkok ke arah sisi kiri, beliau menyuntik kepada dirinya cecair ubat bius tempatan "novocaine", kemudian melakukan torehan sepanjang 12 cm di bahagian perut kanannya [iliac] dengan pisau bedah. Dengan melihat melalui cermin kecil dan meraba-raba, Dr. Leonid melakukan pembedahan, mengeluarkan apendiknya, dan menyuntik antibiotik di bahagian perut, dan akhir sekali menjahit lukanya. Kedua-dua orang "pembantu" [mekanik & ahli meterologi] membantu memegang cermin kecil dekat perut dan menghulurkan peralatan pembedahan kepada Dr. Leonid. Pembedahan ini berjalan selama 1 jam 45 minit untuk selesai. 

Lima hari selepas pembedahan tersebut, keadaan badan Dr. Leonid kembali pulih dan normal dan 2 hari berikutnya jahitan luka beliau dibuang. Seluruh peralatan yang digunakan beliau ketika melakukan pembedahan berani mati itu kini berada dan dipamerkan di muzium Artik & Antartika di St Petersburg, Rusia. Tabik springlah kepada doktor ni. Memang dia sangat berani. 

0 orang dah puas hati: