Festival Kurma Terbesar Dunia Di Arab Saudi


Hari ni edy nak kongsi tentang satu ilmu pengetahuan am. Tahu tak korang bahawa setiap tahun akan diadakan satu festival terbesar di negara arab. Festival apakah itu? Festival yang berlangsung ialah festival kurma dan ia merupakan sebuah festival kurma yang terbesar di dunia. Festival itu berlangsung di Buraidah, Arab Saudi selama 90 hari bermula September ini.  

Apabila bermula sahaja festival ini pada bulan September, bandar Buraidah akan menjadi sibuk sekaligus menjadi bandar kurma dunia. Ini kerana pada masa ni, jutaan buah kurma akan diperdagangkan ke Buraidah dari seluruh pelusuk Arab Saudi. Wow! Memang gempak, kan? Ini ada info lagi untuk korang. Arab Saudi merupakan negara pengeluar kurma yang terbesar di dunia dengan pegangan 20% pasaran dunia yang datang daripada 23 juta pokok kurma. Untuk festival pada tahun ini, kerajaan Arab Saudi telah menganggarkan kurma bernilai  1 Bilion Riyal [RM 827,000] akan diperdagangkan ke Buraidah. Untuk pengetahuan korang, pada tahun lalu, mereka berjaya menjual sebanyak  800 Juta Riyal [RM 667,000]. Kurma yang menjadi pilihan dan digemari penduduk Arab Saudi, ialah kurma dari jenis Sukkari. Kalau korang nak tahu, sekotak kurma Sukkari mula dijual dengan harga  50 Riyal [RM 41] dan harganya boleh mencecah naik sehingga 250 Riyal [RM206]. Jom kita tengok suasana sekitar berlangsungnya festival kurma di Buraidah ni. Skrol ke bawah untuk tengok sama-sama okey.






0 orang dah puas hati: