Kucing Juling Jadi Bintang Di Ruangan Muka Buku


Hari ni edy nak perkenalkan kepada korang si neko yang merupakan bintang di ruangan muka buku masa kini, iaitu Spangles, si kucing juling. Korang jangan ketawakan Spangles tau. Meskipun ia mempunyai kekurangan namun ia mampu menjadi bintang di ruangan muka buku. Kau ada? Hehehe.

Spangles, di mana matanya juling, menjadi terkenal selepas pemiliknya, Mary Buchanan, sering memuat naik gambar-gambarnya yang memakai pelbagai jenis kostume ke laman sosial Facebook. Si neko yang comel ini sering dipakaikan dengan pakaian yang pelbagai jenis, antaranya seperti dinosaur, harimau, unikon dan banyak lagi. Kalau korang nak tahu, Spangles ialah neko jantan tau. Hehehe. Facebook fan page milik Spangles telah menarik ramai orang, dan kini bilangan pengikut di fan pagenya sudah mencapai ke angka 4,000 orang malah mereka semua tidak sabar nak tengok apakah kostum yang akan dipakai oleh Spangles selepas ini. Menurut pemiliknya, Mary Buchanan, Spangles dilahirkan pada 4 Julai. Mary Buchanan merupakan seorang pelajar di Spartanburg, South Carolina. Menurut beliau lagi, Spangles dilahirkan juling, namun ia normal seperti kucing-kucing yang lain. Malah beliau juga pernah membawa Spangles ke klinik veterinar dan beliau tidak mahu mata Spangles dibedah. Padanya, itu adalah keistimewaan yang ada pada Spangles. Dan, beliau jugak berfikir, jarang hendak melihat kucing juling, dan semua orang menyayangi Spangles. Sememangnya kekurangan itulah satu kelebihan, kan? Jom tengok gambar-gambar lain Spangles dan satu video yang edy sediakan kat bawah ni.










jom terjah ke facebook Spangles:





1 orang dah puas hati:

Unknown said...

alahaii chumel betul kucing lam pis ni. ahhaha