Kampung Rambut Panjang di China


Rambt adalah mahkota bagi setiap wanita di dunia ini. Kerana rambut wanita yang menampakkan penampilan diri seorang wanita. Tetapi, tidak kepada etnik Yao di Kampung Huangluo, rambut merupakan harta yang sangat bernilai buat mereka. Terletak di Longji Scenic Are of Gulin, China, Kampung Huangluo mempunyai penduduk seramai 82 orang yang merupakan etnik Yao Merah, yang mendapat namanya kerana pakaian tradisional mereka yang berwarna merah. Kampung ini sentiasa menjadi tarikan pelancong. Dan apa yang paling menarik ialah obsesi kaum wanita terhadap rambut panjang.

Kalau korang nak tahu, Kampung Huangluo telah berjaya mencatatkan nama di dalam Guinness Book of Record sebagai kampung rambut terpanjang di dunia dan ini merupakan pertama kalinya ada kampung yang penduduk berambut sangat panjang di dunia. Ukuran biasa bagi rambut kaum wanita di Kampung Huangluo ialah 1.7 meter dan ukuran yang paling panjang setakat ini di kampung tersebut ialah 2.1 meter. Rambut merupakan salah satu daripada kehidupan mereka di sini. Setiap tahun pada musim panas dan musim luruh, kaum wanita akan pergi ke sungai untuk membasuh rambut mereka dan menutup rambut mereka dengan kain berwarna biru agar rambut mereka tidak kelihatan. Pada awalnya, orang lain tidak boleh melihat rambut mereka melainkan suami dan anak-anak mereka yang boleh mereka melepaskan rambut masing-masing. Namun, adat tersebut telah diabaikan pada tahun 1987. Dan kini wanita Yao boleh menampakkan dan menyikat rambut mereka di khalayak ramai tanpa segan-silu. Apabila ditanya kenapa mereka memelihara rambut begitu panjang, mereka akan menjawab, rambut yang panjang simbol kepada kelanjutan usia, kekayaan dan rezeki. Semakin panjang rambut mereka, semakin bertuahlah pemiliknya. Jom kita tengok beberapa gambar lain tentang penduduk di Kampung Huangluo ni okey.





4 orang dah puas hati:

vendoline said...

seboto shampoo tak cukup ni nak cuci

Edy Ramanov said...

Edy Fee: tau xper, edy. hahaha

El-Zaffril said...

Panjangnye rambut....

Edy Ramanov said...

El-Zaffril: pandai jaga ma. hehehe