Showing posts with label Rak Perniagaan. Show all posts
Showing posts with label Rak Perniagaan. Show all posts

Gula-Gula Getah Nyahtinja


Meh edy perkenalkan satu produk gula-gula getah nyahtinja yang begitu menawan sekali. Kenapa ianya edy sebut gula-gula getah nyahtinja???

Iklan Produk Kesihatan Yang Memang Tak Boleh Blah


Iklan ini edy jumpa masa terbaca akhbar Kosmo hari sabtu lepas. Nak pecah perut edy ketawa bila baca iklan ni. Macam ni punya ayat pun lepas untuk iklan ya. Aduyai. Huhuhu.

Lego Paling Mahal Di Dunia


Percaya atau tidak, lego di atas adalah lego paling mahal di dunia yang pernah dihasilkan dan dijual. Lego ini bukanlah seperti lego yang biasa. Lego ini diperbuat daripada jongkong emas dan dibentukkan menjadi lego. Kalau korang nak tahu harganya sahaja mampu mencecah sehingga hampir $15,000 [RM45, 579.21]! Mak aii! Ni betul-betul gila dengan barang mainan ni. Sampai buat pakai emas betullah. 

Kereta Model Daihatsu Sirion Sport Adalah Myvi?


Siapa yang pernah melihat kerete model Daihatsu Sirion ini? Siapa yang pernah melihatnya, pasti akan tertanya-tanya, kenapa model kereta ni mirip dengan kereta Perodua Myvi Extreme? Jika korang menganggap bahawa model ini adalah daripada model Perodua Myvi Extreme, anggapan korang adalah betul. 

Psy Puji Kentang Goreng McShaker ala Gangnam Style Malaysia


Baru-baru ini restoran McDonald di Malaysia telah mengeluarkan produk terbaru mereka iaitu kentang goreng McShaker ala Gangnam Style. Edy tak sempat nak merasai sendiri kentang goreng ni. Huhuhu. Apa yang menariknya tentang kentang goreng ni ialah penyanyi lagu Oppa Gangnam Style iaitu Psy telah memuji idea kreatif produk McDonald yang terbaru ni tau. 

Makan Coklat Sambil Menggigil


Korang suka makan coklat? Edy sendiri adalah penggemar coklat. Selalu kita tengok coklat yang dijual mesti mempunyai bentuk yang tersendiri, kan? Selalunya, mestilah kiut-miut, betul tak? Tapi, edy nak tanya korang, korang berani tak makan coklat kat atas ni?

Iklan Anti Jerawat Yang Sangat Berkesan

Kali ni edy nak kongsi dengan korang satu iklan dengan korang di mana pada edy iklan ni sangat-sangat berkesan dan efektif untuk produk anti-jerawat yang sangat dikenali iaitu OXY. Jom tengok sama-sama iklan OXY yang edy sediakan di bawah.

Ninja Dalam Panggung Wayang?


Korang pernah tak ada pengalaman masa menonton dalam panggung wayang, ada orang yang buat bising, ketawa kuat-kuat, tak tutup atau senyapkan telefon ataupun bersembang kuat-kuat? Ada tak? Edy pernah beberapa kali alami pengalaman macam tu. Memang mengganggu fokus tontonan kita pada filem kalau benda ni terjadi. Kadang-kadang edy sendiri tak faham, kenapa diorang buat bising masa tengok wayang kan? Jadi, untuk masalah macam ni, sebuah panggung wayang di London ada penyelesaiannya. Mereka menggunakan ninja di dalam panggung wayang.

Burger Hitam Dan Putih Dilancarkan Oleh McDonald di China


Sekali tengok warna dua biji burger ni seolah-olah seperti simbol Yin-Yang yang merupakan simbol keseimbangan yang sangat penting oleh masyarakat cina. Kalau korang nak tahu, dua biji burger kat atas ni ialah salah satu produk terbaru restoran McDonald tau, iaitu Burger McYing & McYang. Tapi, ia hanya dijual kat China sahaja. Hehehe.

Ini Baru Betul-Betul Brain Freeze


Selalu kita dengar perkataan "brain freeze" kan? Kali ni edy nak tunjuk dengan korang "brain freeze" yang sebenar. Tak sangka pulak wujud benda ni ya. Hehehe.

Seluar Dalam Elvis Presley Dilelong


Seluar dalam berwarna biru terang dan mempunyai sedikit kesan kotoran ini, telah dipakai oleh penyanyi legenda iaitu Elves Presley ketika mendiang mengadakan konsert pada tahun 1977, tahun mendiang meninggal. Seluar dalam ini diperolehi daripada bapa mendiang, iaitu Vernon Presley dan seluar dalam ini akan dilelong di Stockport, Cheshire. Bapa mendiang berminat untuk melelong seluar dalam milik mendiang untuk menyambut ulangtahun kematian mendiang Elvis Presley yang ke-35.

Peralatan Ke Sekolah Yang WTF


Sebuah pasaraya telah mengadakan jualan kembali ke sekolah. Jadi banyaklah ibu bapa datang membeli-belah. Yang terkejutnya ialah peralatan macam kat atas ni pun ada jugakkah? hurmm...

Coklat Arkeologi Untuk Kanak-Kanak Yang Kawaii


Kat Jepun ada produk coklat untuk kanak-kanak yang sukakan cabaran. Jadi, terhasillah produk yang diberi nama Hore Hore Chocolate. Perkataan 'hore' bermaksud gali. Apa yang uniknya produk ni ialah diorang siapkan sekali sudu yang berbentuk penyodok. Sudu penyodok ni digunakan untuk mengali relik dalam coklat. Relik tu pulak diperbuat daripada jeli dan boleh dimakan juga. Selepas menggali relik, cuci relik sampai bersih dan tengok markah yang disediakan Setiap relik berbeza bentuk dan juga markah. Produk ni dikeluarkan sempena musim panas. Ia ada dua perisa iaitu coklat biasa dan coklat strawberi. Memang sangat best kawaii produk ni. Jom kita tengok videonya pulak kat bawah ni. 

Wiskey Halal Pertama Di Dunia


Whiskey halal? Bunyi macam pelik, kan? Kali ni edy nak kongsi dengan korang mengenai whiskey halal yang diberi nama Arkay. Arkay ialah whiskey pertama di dunia yang bebas alkohol. Selain itu, ia juga bebas lemak dan gula. Ia dihasilkan dan dipasarkan di sebuah syarikat yang terletak di Florida, USA. Di pasaran, Arkay menggunakan cogan kata yang berbunyi: "Don't drink and drive unless it's Arkay." Produk Arkay ini sudah mendapat kelulusan FDA untuk dijual malah turut mendapat sijil HALAL dari Jabatan Agama Amerika Syarikat. 

Apabila Tajuk Filem Dibuang Satu Huruf


Apa akan terjadi apabila tajuk-tajuk filem dibuang satu huruf? Korang mesti tak tahu, kan? Jadi, kali ni edy nak berkongsi dengan korang apakah yang terjadi apabila tajuk filem dibuang satu huruf. Jom kita tengok poster-poster kat bawah ni sama-sama.

Iklan Lama Johnson & Johnson Yang WTF


Korang kenal atau pernah dengar tak jenama Johnson & Johnson? Ya, produk tu ialah produk untuk penjagaan bayi. Kali ni edy nak kongsi dengan korang iklan jenama Johnson & Johnson ni pada zaman dulu. Korang jangan terkejut pulak. Hehehe. Jom kita tengok sama-sama.

Maru Buat Iklannya Yang Pertama


Siapa yang kenal dengan si neko yang comel ni? Tak lain dan tak bukan ialah Maru. Korang semua tahu tak, Maru telah pun membuat satu iklan yang merupakan iklan pertama buat julung kalinya. Memang bangga dengan pencapaian Maru. Dahlah feymes di Youtube, sekarang dah buat iklan pulak. Hehehe. Sebenarnya, Maru membuat iklan untuk syarikat pakaian terkemuka iaitu Uniqlo. Korang nak tak tengok iklan Maru ni? Mestilah nak, kan. Jom kita tengok sama-sama videonya kat bawah ni.

Apa Yang Ada Di Sebalik Logo Starbuck?

Selama ni ramai yang tak tahu, apakah yang ada di sebalik logo yang sangat feymes kat atas ni. Mesti korang semua nak tahu kan, apa yang ada di sebalik logo Starbuck ni, betul tak? Betul nak tau nih? Okey, jom kita tengok sama-sama.

Ninjabread Men - Gingerbread Men Versi Ninja


Korang pernah tengok biskut berbentuk orang tak? Ataupun nama glamernya ialah gingerbread men? Kalau siapa yang pernah tengok, kali ni edy nak tunjuk kat korang gingerbread men versi ninja pulak. Inilah dia acuan ninjabread men yang kawaiii dan sedap untuk dimakan.

Iklan-Iklan Yang Lawak Lagi Pelik


Korang pernah tengok tak iklan-iklan jenama yang terkenal tapi iklannya tu sangat pelik? Kali ni edy nak kongsi dengan korang beberapa iklan yang pelik edy tengok. Jom tengok sama-sama.