Coklat Arkeologi Untuk Kanak-Kanak Yang Kawaii


Kat Jepun ada produk coklat untuk kanak-kanak yang sukakan cabaran. Jadi, terhasillah produk yang diberi nama Hore Hore Chocolate. Perkataan 'hore' bermaksud gali. Apa yang uniknya produk ni ialah diorang siapkan sekali sudu yang berbentuk penyodok. Sudu penyodok ni digunakan untuk mengali relik dalam coklat. Relik tu pulak diperbuat daripada jeli dan boleh dimakan juga. Selepas menggali relik, cuci relik sampai bersih dan tengok markah yang disediakan Setiap relik berbeza bentuk dan juga markah. Produk ni dikeluarkan sempena musim panas. Ia ada dua perisa iaitu coklat biasa dan coklat strawberi. Memang sangat best kawaii produk ni. Jom kita tengok videonya pulak kat bawah ni. 



Best, kan? Kalaulah produk ni ada jual kat Malaysia kan best. Huhuhu

0 orang dah puas hati: