Showing posts with label Rak Flora Fauna. Show all posts
Showing posts with label Rak Flora Fauna. Show all posts

Makhluk Aneh Dijumpai Di Seoul


Penduduk di bandar Kyungnam Tongyeong digemparkan dengan satu penemuan yang tidak disangka-sangka oleh mereka. Mereka menemui satu makhluk aneh di kawasan sungai di bandar tersebut. Macam mana rupa makhluk misteri ini ya?

Inilah Bukti Katak Ini Paling Comel Di Dunia


Seperti yang kita tahu, katak boleh dikatogerikan sebagai haiwan yang jarang disenangi. Dengan kata lain. sebut saja katak pasti ada yang geli-geleman dengannya. Namun, adakah korang semua tahu bahawa ada satu spesies katak yang memang sangat comel dan yang paling comel di dunia. Gambar di atas ni adalah kataknya. Percaya atau tak, katak ini adalah katak paling comel di dunia. Tak percaya? Jom tonton video yang edy sediakan sebagai bukti.

Ular Kepala Dua Yang Pelik

Korang mesti selalu dengar pasal ular berkepala dua, kan? Tapi, kali ni edy nak kongsi dengan korang di mana satu keluarga di South Carolina telah menemui ular berkepala dua tetapi keadaannya sangat pelik. Edy ingat lagi, ular macam ni pernah dulu masuk ke dalam rumah jiran sebelah edy. Kepalanya kepala, ekornya jugak kepala. 

Misteri Bulatan Di Dalam Lautan


Di lantai lautan di wilayah Amami Oshima, struktur geometrik yang berdiameter 6.5 kaki, diukir pada permukaan pasir menjadi misteri dan tanda tanya penduduk setempat. Bagaimanakah kejadian ini boleh berlaku dan persoalan utamanya adalah siapakah yang menghasilkan bulatan seperti ini? Korang nak tahu jawapannya? Jom kita bongkar sama-sama.

Burung Lyre Si Pakar Mimik

Setiap makhluk ciptaan Allah S.W.T ada keistimewaannya yang tersendiri. Masing-masing punya bakat sendiri. Termasuklah seekor burung iaitu burung lyre. Burung ni mempunyai bakat iaitu mampu meniru pelbagai bunyi. Di hutan rimba, edy rasa dialah juara. Burung lyre ni mampu meniru bunyi haiwan lain sehinggalah kepada bunyi peralatan manusia seperti kamera, alat pengera kereta malah bunyi gergaji berantai juga ia mampu. Subhanallah, sangat hebat ciptaan Allah. Jom kita tengok sama-sama bakat burung lyre yang menakjubkan ini.

Teknik Siput Babi Yang Menyeramkan


Conesnail atau siput babi di Great Barrier Reef nampak sahaja tidak berbahaya tetapi kalau korang nak tahu, cara ia memburu mangsanya sangat menakutkan tau. Macam tak percaya kalau sekali tengok. Nak tengok cara conesnail ni memburu mangsanya? Jom kita tengok sama-sama.

Selamat Datang Ke Hotel Lebah


Pernah tak korang dengar tentang hotel untuk lebah? Kalau hotel untuk anjing atau kucing pernahlah korang dengar kan. Kali ni edy nak berkongsi dengan korang mengenai hotel lebah. Hotel lebah ni selalunya dijumpai di Place des Jardins di Paris. Kenapa lebah-lebah perlukan hotel seperti ni padahal mereka boleh buat sarang sendiri?

Monyet Spesies Baru Telah Ditemui


Para saintis telah menemui monyet spesies baru. Ia berhabitat di Afrika tengah dan monyet ini dikenali sebagai lesula. Nama saintifiknya pula ialah Cercopithecus Iomamiensis. Para saintis mula mengkaji monyet yang berhidung panjang dan berwarna unik ini pada tahun 2007 selepas para saintis mengesan spesies yang tidak kenali sebelum ini di kawasan perkampungan. 

Katak Darwin - Bapa Lahirkan Anak Secara Muntah


Kalau di lautan, kuda laut ialah binatang pelik di mana jantan yang mengandung dan melahirkan anak, di daratan juga ada haiwan sedemikian. Mesti korang terkejut, kan? Memang ada tau haiwan macam tu darat. Ia adalah haiwan dalam kategori amfibia iaitu Katak Darwin. Seperti kuda laut, Katak Darwin yang jantan melahirkan anak, bukan katak betina. Apabila sampai masa, katak jantan akan melahirkan anaknya dengan memuntahkan anak di dalam perutnya itu. Videonya edy ada sediakan di bawah. Jom kita tengok sama-sama macam mana Katak Darwin jantan melahirkan anak.

Senjata Hebat Ulat Baldu


Korang tahu tak apa nama serangga kat atas ni? Kalau nak tahu, ini ialah ulat baldu atau nama omputihnya ialah velvet worm. Kalau korang nak tahu lagi, ulat ni sangat berbahaya tau sebab ia berbisa. Kali ni edy nak kongsi dengan korang macam ulat baldu ni berburu mangsanya. Memang sangat unik. Jom kita tengok sama-sama.

Koleksi Gambar Vintaj Para Yang Pelik Tapi Mempesonakan


Rupanya pada zaman dulu dulu, ramai jugak penduduk eropah yang suka bela haiwan yang pelik-pelik tau. Korang mesti tak pernah tengok orang jalan-jalan bawak ular, kan? Selalu bawak anjing atau kucing berjalan, kan. Hehehe. Jom kita tengok sama-sama. 

Tarian Sesumpah Yang Ohsem

Pagi-pagi lagi edy dah sakit perut sebab tak tahan ketawa lepas tengok video kat atas ni. Video ni menunjukkan macam mana sesumpah ni nak melintas jalan. Cara dia melintas tu yang geli hati. Masuk pulak tu dengan rentak lagu. Hehehe. Korang layanlah video kat atas ni okey.

[ sumber ]

Jom Dengar Memerang Bercakap

Selalu kita dengar burung kakak tua bercakap, kucing bercakap, anjing bercakap, kan? Kali ni edy nak kenalkan dengan korang memerang yang boleh bercakap. Perkenalkan, Nellie Si Mulut Murai. Huhuhu Jom tengok video Nellie ni sama-sama.

Cacing Tanah Terpanjang Ditemui Di China


Seekor cacing tanah yang kelihatan seperti ular ditemui di Binchaun, China. Cacing tanah ini berukuran 19 inci [setengah meter panjang] ditemui di dalam longkang. Li Zhiwei, pekerja di Biro Perhutanan, yang menemukan cacing tanah ini. Dia berhasrat untuk memeliharanya di belakang rumah agar cacing tanah ini terus membesar. Ukuran biasa bagi seekor cacing tanah daripada 10mm panjang dan 1mm lebar hingga ke ukuran 3 meter panjang dan 25mm lebar. 

Ulat Bulu Bunuh Diri

Ni video buat edy geli hati + pelik betul. Boleh pulak ulat bulu tu menyerah diri untuk dimakan katak ni. Siap meronta-ronta lagi. Huhuhu. Agaknya ulat bulu tu suka kat katak tu tak? Jom kita tengok sama-sama video pelik kat atas ni sama-sama.

[ sumber ]

Apabila Ular Sawa Bunting Diautopsi


Seekor ular sawa Burma telah ditangkap untuk dibuat autopsi. Apa yang buat edy rasa sedih ialah ular sawa ini bunting malah ia dibuat autopsi. Mungkin untuk kajian mereka agaknya. Apa pun, edy ada sediakan beberapa gambar termasuk satu video kat bawah ni untuk tatapan korang okey. Kesian ular sawa ni...

Sang Siput Yang Sangat Yakin


Edy ada satu gambar yang ingin dikongsi dengan korang semua. Gambar mengenai keyakinan seekor moluska yang kecil iaitu siput. Meskipun ia kecil, tapi ia berkeyakinan tinggi tau. Situasi kat atas ni ialah di mana siput ni hendak menyeberang dari satu kayu ke kayu yang lain. Berjayakah, siput ini menyeberang? Jom kita tengok sama-sama.

Asal-Usul Mamalia Bernama Platipus


Siapa kenal haiwan kat atas ni? Bukan memerang, bukan itik. Tapi, ini adalah platipus. Korang pernah dengar nama haiwan ni? Tak pernah? Takper, kali ni edy nak bagi korang kenal apa itu platipus. Platipus ialah sejenis haiwan yang tergolong dalam haiwan mamalia. 



Namun, ada kenunikan pada haiwan ini. Haiwan mamalia melahirkan anak, tetapi platipus bertelur. Paruh dan kakinya seperti itik, dan badannya kelihatan seperti seekor memerang malah haiwan ini juga hidup dua alam. Kenapa ia tak dikatogerikan dalam spesies amfibia atau reptilia, kan? Pelik. huhuhu. Apa pun kali ni, edy nak kongsi dengan korang apakah asal-usul platipus. Nak tahu, jom kita kaji sama-sama.

Bila Merpati Nak Pakai Eskelator


Kuat betul semangat burung merpati nih. Memang dia nak sangat-sangat merasa naik eskelator. Berjaya ke tak? Jom tengok sama-sama.

Kalimah Allah Pada Balung Ayam


Subhanallah. Edy baru dapat tengok gambar ni kat Facebook di mana ada seseorang postkan kat wall dia gambar kalimah Allah kat balung ayam ni. Memang pada edy gambar ni rare. Dan edy ada beberapa lagi gambar rare untuk tatapan korang tentang kewujudan kalimah Allah di mana-mana. Mungkin ada gambar-gambar tu yang korang dah pernah tengok. Apa pun korang tengoklah gambar-gambar ni okey.