Selamat Datang Ke Hotel Lebah


Pernah tak korang dengar tentang hotel untuk lebah? Kalau hotel untuk anjing atau kucing pernahlah korang dengar kan. Kali ni edy nak berkongsi dengan korang mengenai hotel lebah. Hotel lebah ni selalunya dijumpai di Place des Jardins di Paris. Kenapa lebah-lebah perlukan hotel seperti ni padahal mereka boleh buat sarang sendiri?

Kalau korang nak tahu, banyak spesies lebah yang hidup bersendiri, tidak dalam koloni di dalam sebuah sarang. Jadi, mereka sering buat sarang mereka sendiri. Ini kerana lebah betina sangat subur dan ini akan membuatkan keadaan menjadi tidak selesa ketika berada di dalam sarang. Jadi, hotel lebah dibina untuk spesies lebah yang bersendirian ni tadi. Mereka tak perlu susah-susah bina sarang tetapi berpindah masuk ke dalam sarang kosong yang siap sedia ada. Seperti biasa kalau masuk hotel, mestilah bayar sewa, kan. Kalau korang nak tahu, sewa yang dikenakan hanyalah madu yang dihasilkan oleh lebah-lebah ni tadi. Hehehe. Bahan yang selalu digunakan untuk membina hotel lebah ni ialah kayu-kayu bulat, atau buluh yang telah ditebuk lubangnya. Ada macam-macam bentuk dan rupa tau hotel lebah ni. Ada yang cantik dan ada jugak yang ringkas saja binaannya. Apa pun, korang tengoklah beberapa gambar hotel lebah yang edy sediakan kat bawah ni okey. Memang menarik.




























2 orang dah puas hati:

! tulisan buruk ! said...

eee, comel la ;)

Edy Ramanov said...

! tulisan buruk !: nampak ringkas pun comel, kan.