Showing posts with label Pengumuman. Show all posts
Showing posts with label Pengumuman. Show all posts

Anda Pernah Lihat Wajah Mereka Ini?


Dua lelaki ini telah menjadi topik hangat di lama sosial Facebook di mana mereka berdua telah mencetuskan kemarahan ramai pihak dan berkemungkinan mereka akan diburu. Siapakah mereka berdua ini? Adakah anda ada pernah nampak wajah kedua-dua mereka ini di mana?

Ucapan Untuk Hari Tiga Serangkai


Mesti korang semua tertanya-tanya kan, apa tu hari tiga serangkai? Hehehe. Sebenarnya kalau korang nak tahu pada tarikh hari ini iaitu 21 Mac 2013 adalah hari persitiwa iaitu National Single Parent Day, World Forestry Day dan World Poetry Day. Kan tiga serangkai tu? Hehehe. Jadi, hari ni edy akan kongsi beberapa info tentang hari peristiwa hari ni untuk pengetahuan korang semua okey. 

Pesta Buku Red Velvet Bookstore 2013


Assalamualaikum  & selamat sejahtera semua. Anda penggemar novel? Obses dengan novel-novel terkini? Gila membaca novel-novel tempatan? Jika ya, ada satu berita baik untuk anda semua. Jangan lepaskan peluang untuk menyertai Pesta Buku Red Velvet Bookstore yang bermula pada hari ini hingga esok. Lokasinya ialah di FB Red Velvet Bookstore & Blog Red Velvet Bookstore. Edy dengar semua buku yang kedai online ni jual diberi diskaun yang hebat. Dan novel-novel seperti Setia Hujung Nyawa, Sehangat Asmara dan Adam & Hawa juga dijual dengan terhad. Pelbagai novel dari pelbagai penerbitan pun diorang jual. Untuk lebih lanjut dan berminat untuk membeli, korang boleh klik sahaja link yang edy sediakan di bawah ni:




Apa tunggu lagi? Jom kita terjah ramai-ramai. 
Siapa cepat dia dapat!!!
Selamat Membeli-Belah & Selamat Membaca

Salam Hari Wanita Sedunia 2013


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog Dunia Edy. Hari ini special sikit sebab hari ni adalah Hari Wanita Sedunia 2013 (HWS'13). Jadi, edy ingin mengucapkan salam Hari Wanita Sedunia kepada semua kaum hawa terutamanya para pembaca blog Dunia Edy. Edy ada membuat satu lencana istimewa sempena hari ini dan edy menjemput kepada semua para pembaca blog Dunia Edy untuk mengambilnya dan meletakkannya pada blog atau laman sesawang masing-masing menandakan hari ini adalah hari yang istimewa untuk kaum hawa. Silalah ambil lencana ini ya. Jangan rebut-rebut, semua akan dapat. 

^________^



Sila Ambil Lencana Ini & Letakkan Pada Blog Anda.

Belasungkawa Untuk Seniman Datuk Yahya Sulong


Semalam kita telah pun kehilangan seorang lagi anak seni yang terkemuka di negara kita. Iaitu pemergian Allahyarham Datuk Yahya Sulong, 85 tahun, telah pun kembali ke rahmatullah pada 6 Februari 2013. Berikut adalah berita lanjut mengenai pemergian beliau.

Transformasi Baru Dunia Edy


Pertama sekali edy hendak memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana telah mengizinkan juga memberikan masa kepada edy untuk melakukan transformasi baru kepada laman blog edy ini iaitu DUNIA EDY. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar dan edy berpuas hati dengan hasil transformasi ini, tapi edy tak tahulah dengan pendapat korang semua okey. Dengan blog yang berwajah baru ini, edy harap akan dapat menambah lagi para pengunjung untuk membaca entri segar lagi pelik dari ladang di Dunia Edy. Dan edy juga berharap agar korang semua sentiasalah menyokong edy dan kepada yang setia menyokong edy, edy mengucapkan jutaan terima kasih kepada korang kerana tanpa korang tidak meriahlah blog edy. Apa pun, selamat membaca kepada korang semua dan kepada yang baru saja menjenguk ke blog ini, edy ucapkan selamat datang. Terima kasih. 

Budak Ini Sudah Masuk Ke Usia 23 Tahun


Hari ini merupakan tarikh keramat untuk budak lelaki yang tinggi dalam gambar di atas ni. Usianya sekarang sudah masuk ke 23 tahun. Siapa agaknya budak lelaki tinggi ni ya? Hehehe

SELAMAT 
HARI LAHIR

^_____^

Selamat Hari Merdeka Yang Ke-55


Assalamualaikum, semua. Edy selaku admin di blog Dunia Edy ingin mengucapkan
SELAMAT MENYAMBUT 
HARI KEMERDEKAAN 
YANG KE-55 TAHUN



banner pada entri ini boleh diambil untuk dikongsikan pada blog korang masing-masing. 
terima kasih

^______________^

Salam Hari Ka'amatan & Selamat Hari Gawai 2012

klik gambar untuk lebih jelas

Mesti ada yang terkejut apsal tetiba blog edy background bertukar jadi anyaman tikar pastu header pun lain nih? Sebenarnya edy nak meraikan bersama dengan kengkawan sama ada blogger atau pun kawan di fb dan luar sana yang dari Malaysian Timur, iaitu dari Sabah dan Sarawak. Sempena hari perayaan ni, edy nak ucapkan Salam Pesta Ka'amatan dan Selamat Hari Gawai. Kopivosian tadau do ka'amatan dan gayu guru gerai nyamai.

Belasungkawa Untuk Telordibasuh


Diam tak diam, sudah setahun perginya seorang blogger yang edy kenal, edy berkawan dan edy bersaing, iaitu Abdul Hakim bin Mohd Kamal, iaitu owner asal blog Telordibasuh. Kini, selepas pemergian beliau, abang kepada Allahyarham pula yang menghandle blog tersebut dan memang masih gempak. Kepada yang mengenali mahupun yang tidak mengenali beliau, sebagai umat Islam, marilah kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah. Semoga roh beliau ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh dan mulia di sisiNya. Amin ya Rabb.

Al-Fatihah

2 Kanak-Kanak Dilaporkan Hilang


Sebarkan kepada yang lain. Kerjasama korang semua amat edy hargai.
Terima kasih.

Salam Hari Pekerja 2012

Nak doodle comel ni? Klik sini

Salam Hari Pekerja daripada edy, owner DUNIA EDY 
untuk korang yang bekerja tak kiralah kerja ofis ke, 
kerja luar ofis ke, okey. Dan selamat bercuti. 
Wink wink >.<

Permohonan Maaf Dengan Artikel Di Link Within Blog Edy

Klik untuk besarkan
Assalamualaikum kepada semua blogger dan pembaca blog edy. Terlebih dahulu edy ingin mohon maaf kerana buat pengumuman dan menghalang pembacaan entri korang seketika. Edy telah kembali memasang semula gadget Link Within yang mana ia berfungsi untuk menunjukkan entri yang mana kita terlepas baca, boleh rujuk terus di situ.

Ping Busuk Berwajah Baru Lagi

Klik di sini untuk ke Ping Busuk

Buat para blogger yang dah otai, mesti kenal dengan Ping Busuk kan? Buat yang tak tahu apa itu Ping Busuk, meh edy bagitau skit apa yang edy tahu. Ping Busuk ni merupakan salah satu website di mana untuk menaikkan trafik blog atau website korang. Hanya menggunakan akaun Facebook atau Twitter, pastu korang ikut arahan dalam website tu okey. 

Jemputan Ke Muka Buku Dunia Edy


Sekadar jemputan biasa jer daripada edy untuk korang terutama blogger baru. Hehehe. Nak jemput untuk kahwin, jodoh lambat lagi. hehehe. Jadi, edy jemput korang semua untuk singgah jugak ke laman muka buku edy iaitu Dunia Edy dan tekan butang Like kalau puasa hati okey. 

Dunia Edy Kini Untuk Android


Alhamdulillah. Untuk masa sekarang ni edy akan memudahkan para pelawat blog edy terutamanya korang yang merupakan pengguna android. Kini korang boleh follow blog, facebook dan twitter edy dengan hanya scan QR Code yang edy dah sediakan kat blog edy ni.

Kembali Berblogging Semula


Assalamualaikum semua. Apa khabar korang semua? Fuh, edy rasa blog edy ni dah kembali semula bernafas dengan baik setelah insiden serangan Malware baru-baru ni yang telah menimpa blog edy. Alhamdulillah, dengan izin-Nya jugak edy dapat semula kembali berblogging dan buat entri baru untuk korang semua. Edy mohon maaf sebab lama sangat tak update blog ni. So, kali ni edy akan tampilkan entri2 yang baru dengan rupa blog yang baru dan segar. Apa pun terima kasih sebab korang masih jugak menjengah dan singgah ke blog edy ni. Terima kasih sangat2. Selamat kembali membaca semula di blog edy. Assalamualaikum. 

Big Boss Dunia Edy


 Sayalah Big Boss ini blog Dunia Edy. hehehe. Mau kenal sama saya?

Nama: Edy Putra Ramanov

Birthday: September 4

Job: Dulu student skang editor.

Lokasi terbaru: KL ada, Seremban pun ada.

Status: Aku ada little M.K. (arnab kecik, ko ade?)

Aktiviti di masa senggang (chewah...sastera bagai...hihihi): Suka cari benda pelik kat serata dunia pakai internet. Nak pakai duit sendiri gi sana-sini pokailah. hehehe.

Email: Ada aku kesah. Hehehehe


Mula Berblogging: 7 Julai 2008


Kenapa DUNIA EDY?

Sebenarnya edy tak ada idea nak bubuh nama blog masa first time buat blog ni. Masa kat asrama, time tengah sembang-sembang dengan kengkawan, ada sorang kawan edy tercakap camni: "Blog kita tu cam dunia kita sendiri, sebab blog tu milik kita." So, dapatlah inspirasi dari situ tu yang letak nama DUNIA EDY dengan taglinenya "Saya Menulis Anda Membaca". Tagline asalnya "Aku Dah Tulis Tak Reti Ke Nak Baca?" Dapat gak teguran dpd blogger lain. Kasar lak bunyi tagline ko katanya. So, edy tukar kepada yang manis skit bunyinya. hehehe. Namun, edy letak lagi tagline yang baru. Hopefully korang sume boleh terima iaitu: "Koleksi Entri Lain Daripada Yang Lain." Sedap tak? hehehe


Nama asal DUNIA EDY?

Kena bagitau jugak ke? Hehehehe. Oklah, edy citerlah. Nama sebenar blog ni bukan DUNIA EDY. Nama sebenar blog ni ialah KEMBARA SEORANG MADUKARA. Madukara tu korang tau tak apa dia? Madukara tu lebah dalam bahasa klasik Melayu. Tak lama jugak pakai nama tu sebab nampak skema sangat. tu dapat idea nama DUNIA EDY terus je bubuh. Lagipun ni blog edy, suka hati cek lah nak buh nama pa pun kan. hehehe. sabor jelah.




Mak aii sabor jelah dgn pic avatar aku nih. Maaf ya, edy tak merokok ya. Nih saper punyer keje ni hah?!!!

Blog dunia edy ada letak macam-macam entri yang korang tak tahu, yang korang tahu dan yang korang pura-pura tak tahu. hehehe. So, akhir kata enjoylah baca blog ni ok. Daaa.