Salam Hari Ka'amatan & Selamat Hari Gawai 2012

klik gambar untuk lebih jelas

Mesti ada yang terkejut apsal tetiba blog edy background bertukar jadi anyaman tikar pastu header pun lain nih? Sebenarnya edy nak meraikan bersama dengan kengkawan sama ada blogger atau pun kawan di fb dan luar sana yang dari Malaysian Timur, iaitu dari Sabah dan Sarawak. Sempena hari perayaan ni, edy nak ucapkan Salam Pesta Ka'amatan dan Selamat Hari Gawai. Kopivosian tadau do ka'amatan dan gayu guru gerai nyamai.

Jadi, sempena hari perayaan ni, edy sediakan sesuatu yang istimewa untuk korang semua. Edy sediakan mini banner sempena hari perayaan di Sabah dan Sarawak ni. Bawah ni bannernya. 



Banner untuk pesta ka'amatan tu edy buat backgroundnya corak anyaman tikar mengkuang dan ada tiga warna iaitu merah, putih dan biru - simbol kepada warna pada bendera negeri Sabah. Manakala banner hari gawai pulak jugak berlatar belakangkan anyaman tikar mengkuang tetapi warna yang edy letak tiga jugak iaitu merah, hitam dan kuning - simbol kepada warna pada bendera negeri Sarawak. Edy mengalu-alukan korang semua untuk mengambil banner-banner ni dan kongsikan bersama dengan kawan-kawan yang lain. Korang nak guna untuk antar ucapan kat kawan korang ke, nak hias blog ke, terpulang pada citarasa masing-masing. Apa pun, edy sekali nak ucapkan Salam Pesta Ka'amatan dan Selamat Hari Gawai kepada para blogger dan kawan-kawan edy yang berasal dari Sabah dan Sarawak. 


^______________^


Kopivosian tadau do ka'amatan 
dan 
gayu guru gerai nyamai.

1 orang dah puas hati:

Rai said...

selamat hari ka'amatan dan hari gawai :D

eh..tak cuti kan esok >_<