Safee Sali Di Muka Depan Majalah Maskulin


Kini ramai yang menceritakan tentang kejayaan ‘wonderkids’ Malaysia, Nazmi Faiz yang mengikat kontrak bersama sebuah kelab Eropah, Beira-Mar FC. Namun, kegemilangan Safee Sali masih lagi tidak dilupakan.

Mohd Safee Mohd Sali, 28, yang telah menempa nama di negara jiran, Indonesia kini tampil bergaya tampan menghiasi muka depan majalah Maskulin Edisi Jun.
Dalam edisi ini, Safee Sali turut berkongsi kisah perjalanan suka duka hidupnya selepas berpindah ke Indonesia.
“Kehidupan seharian saya di Indonesia lain daripada di sini. Di sana peminatnya amat fanatik dan lebih hebat daripada Malaysia.
“Semangat mereka luar biasa dan sanggup berbuat apa sahaja untuk pasukan pilihan mereka.
“Bila saya pulang ke sana, kelab telah menyediakan beberapa orang pengawal peribadi bagi menjamin keselamatan di mana sahaja saya berada,” ujar Safee Sali menerusi majalah tersebut.
Beliau yang sebelum ini telah menaikkan nama Malaysia sebagai Johan Piala Suzuki AFF 2010 dan kini menjulang namanya di Indonesia selaku ketua pasukan Pelita Jaya FC.
Bagi mendapatkan berita menarik ini dengan lebih lanjut, dapatkan majalah Maskulin Edisi Jun di pasaran hari ini.

0 orang dah puas hati: