Bila Shae A VS Shae B


Edy rasa video ni adalah video parodi paling lawak pernah dibuat oleh rancangan Meletop di Astro. Siap buat battle lagi tu yang tak tahan tu. Hehehehe.

Video Ini Berjaya Menambat Hati 100 Juta Penonton


Siapa yang kenal dengan anjing ini? Kalau korang nak tahu, anjing dalam video ini telah berjaya menarik perhatian lebih 100 juta penonton di laman sesawang Youtube. Apa yang menariknya tentang video ini ya? 

Selepas Awal Ashaari, Datuk Siti Nurhaliza Pula Difitnah


Belum habis berita palsu tentang kematian Awal Ashaari, tersebar pula berita palsu tentang kematian Datuk Siti Nurhaliza. Entri dari blog Tuan Zamani 84 ni menarik perhatian edy untuk berkongsi dengan korang semua. Tak cukup menfitnah seorang, ditambah pula dengan seorang lagi kena fitnah. Aduhai...

Misteri Kemusnahan Pusara Allahyarham Tan Sri P Ramlee, A.R Tompel Dan Saloma


Edy terkejut seketika apabila terbaca satu entri dari sebuah blog iaitu Blog Gempaq, di mana ia menulis tentang kemusnahan pusara seniman dan seniwati terkenal Malaysia iaitu Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, A.R Tompel dan Saloma. Apa puncanya hingga terjadi seperti ini ya?

Kame Hame Ha: Trend Baru Di Jepun


Satu lagi trend baru yang menjadi kegilaan para pelajar perempuan sekolah di Jepun iaitu Kame Hame Ha. Selalu kan kita tengok pelajar perempuan Jepun kalau bergambar tunjuk muka kiut sambil tunjuk dua jari, kan? Tapi sekarang tidak lagi. Kenapa trend serangan terkenal dalam cerita Dragonball ini jadi kegilaan mereka ya?

Cara Orang Jepun Berbudi Bahasa Di Jalan Raya


Di Malaysia, apabila kita memberi laluan kepada orang lain, orang itu akan menghulurkan tangan dan mengangkatnya atau dengan membunyikan hon sebagai tanda ucapan terima kasih. Tapi, pernah tak korang tahu macam cara masyarakat Jepun mengucapkan terima kasih ketika di jalan raya? Jom kita tengok sama-sama video yang edy sediakan ni.

Anda Pernah Lihat Wajah Mereka Ini?


Dua lelaki ini telah menjadi topik hangat di lama sosial Facebook di mana mereka berdua telah mencetuskan kemarahan ramai pihak dan berkemungkinan mereka akan diburu. Siapakah mereka berdua ini? Adakah anda ada pernah nampak wajah kedua-dua mereka ini di mana?

Ucapan Untuk Hari Tiga Serangkai


Mesti korang semua tertanya-tanya kan, apa tu hari tiga serangkai? Hehehe. Sebenarnya kalau korang nak tahu pada tarikh hari ini iaitu 21 Mac 2013 adalah hari persitiwa iaitu National Single Parent Day, World Forestry Day dan World Poetry Day. Kan tiga serangkai tu? Hehehe. Jadi, hari ni edy akan kongsi beberapa info tentang hari peristiwa hari ni untuk pengetahuan korang semua okey. 

Inilah Dia Khemah Konkrit


Sebut pasal khemah, mesti semua orang tahu bahawa khemah dipasang menggunakan kanvas, betul tak? Tapi pernah tak korang tahu bahawa ada khemah yang diperbuat daripada konkrit? Bunyi macam pelik, kan? Jom kita tengok video di bawah ni.

Kasut Bercakap Yang Ohsem


Kali ni edy nak berkongsi dengan korang satu produk yang ohsem sangat-sangat, iaitu Talking Shoe atau Kasut Bercakap. Kasut sneaker ini direka khas dengan personalitinya yang tersendiri yang mampu menyiarkan ceritanya ke laman sesawang. Jom kita tengok iklannya yang edy sediakan di bawah ni.

Jom Uji Retina Korang


Lama edy tak buat game yang menguji retina korang semua. Jadi, kali ni edy nak uji retina korang. Misinya ialah cuba cari hantu yang ada dalam gambar di atas. Kalau tak berani, jangan teruskan ya. Selamat berjaya.

Rabu Tanpa Kata #16

panjangnya badanku.

Sila Ke Tepi, Terima Kasih


Sila ke tepi, sila ke tepi? Apsal semua tak bagi saya lalu ni? Jangan salahkan saya nanti.

Inilah Bukti Katak Ini Paling Comel Di Dunia


Seperti yang kita tahu, katak boleh dikatogerikan sebagai haiwan yang jarang disenangi. Dengan kata lain. sebut saja katak pasti ada yang geli-geleman dengannya. Namun, adakah korang semua tahu bahawa ada satu spesies katak yang memang sangat comel dan yang paling comel di dunia. Gambar di atas ni adalah kataknya. Percaya atau tak, katak ini adalah katak paling comel di dunia. Tak percaya? Jom tonton video yang edy sediakan sebagai bukti.

Pesta Buku Red Velvet Bookstore 2013


Assalamualaikum  & selamat sejahtera semua. Anda penggemar novel? Obses dengan novel-novel terkini? Gila membaca novel-novel tempatan? Jika ya, ada satu berita baik untuk anda semua. Jangan lepaskan peluang untuk menyertai Pesta Buku Red Velvet Bookstore yang bermula pada hari ini hingga esok. Lokasinya ialah di FB Red Velvet Bookstore & Blog Red Velvet Bookstore. Edy dengar semua buku yang kedai online ni jual diberi diskaun yang hebat. Dan novel-novel seperti Setia Hujung Nyawa, Sehangat Asmara dan Adam & Hawa juga dijual dengan terhad. Pelbagai novel dari pelbagai penerbitan pun diorang jual. Untuk lebih lanjut dan berminat untuk membeli, korang boleh klik sahaja link yang edy sediakan di bawah ni:




Apa tunggu lagi? Jom kita terjah ramai-ramai. 
Siapa cepat dia dapat!!!
Selamat Membeli-Belah & Selamat Membaca

Salam Hari Wanita Sedunia 2013


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog Dunia Edy. Hari ini special sikit sebab hari ni adalah Hari Wanita Sedunia 2013 (HWS'13). Jadi, edy ingin mengucapkan salam Hari Wanita Sedunia kepada semua kaum hawa terutamanya para pembaca blog Dunia Edy. Edy ada membuat satu lencana istimewa sempena hari ini dan edy menjemput kepada semua para pembaca blog Dunia Edy untuk mengambilnya dan meletakkannya pada blog atau laman sesawang masing-masing menandakan hari ini adalah hari yang istimewa untuk kaum hawa. Silalah ambil lencana ini ya. Jangan rebut-rebut, semua akan dapat. 

^________^



Sila Ambil Lencana Ini & Letakkan Pada Blog Anda.