Showing posts with label Rak Seni. Show all posts
Showing posts with label Rak Seni. Show all posts

Apabila Sayur Dan Buah Jadi Bahan Untuk Seni


Wah, sangat ohsem sekali hasil seni yang dihasilkan pada buah epal ni. Begitu menawan. Eh, tapi bukan epal ini saja tau. Edy ada beberapa lagi gambar hasil seni ukir yang dibuat pada buah dan sayur. Memang sangat ohsem. Jom kita tengok sama-sama.

Artisan Buah Labu Yang Super Kawaii


Buah labu di atas ni telah diukir oleh seorang artisan yang super kawaii. Korang rasa siapakah yang mengukir buah labu dengan cara macam ni? Adakah ianya hasil tangan kanak-kanak yang baru hendak belajar mengukir buah labu? Atau sebaliknya? Nak tengok siapa pengukir buah labu ni, jom kita tonton video yang edy sediakan ni sama-sama.


Apabila Barangan Moden Menjalani Proses Penuaan


Macam nilah agaknya barangan moden yang sudah berusia 100 tahun kemudian agaknya ya? Sebenarnya ini adalah salah satu projek kreatif seorang pelukis bernama Maico Akiba, berasal dari Jepun. Sekali nampak macam betul, kan? Jom tengok lagi hasil seni beliau sangat ohsem.

Binaan Patung Pegasus Daripada 3500 Telefon Bimbit



Sebuah patung haiwan legenda rakyat Yunani bernama pegasus telah dibina menggunakan telefon bimbit berjumlah 3500 buah. Arca telefon bimbit pegasus yang ohsem ini telah dihasilkan menggunakan telefon bimbit jenama Huawei oleh Machine Shop dari London. Arca hebat ini telah pun dirasmikan oleh Mobile World Congress 2012 di Sepanyol oleh pengeluar China bersama-sama dengan Ascend D Quad. Jom kita tengok gambar lagi arca yang ohsem ini. 

Seni Makanan Ringan Yang Ohsem


Makanan ringan atau snek sangat digemari terutamanya kanak-kanak. Masa zaman budak-budak dulu pun sampailah sekarang, edy gemar jugak makan snek, cuma kena kurangkanlah sebab banyak garam dan perisa kan. Huhuhu. Apa pun, edy bukan nak sentuh pasal khasiat makanan ringan tetapi apa yang berjaya dihasilkan oleh seorang artisan dari negara Jepun di mana beliau membuatkan snek yang bosan dimakan menjadi menarik dan hebat. Iaitu beliau menghasilkan seni ukiran pada snek.

Seni Guna Bakteria Oleh Saintis Gila


Seorang saintis gila dari sebuah universiti telah berjaya menghasilkan hasil seninya yang menggunakan makhluk seni bernama bakteria. Seni menggunakan bakteria ini dipanggil "bacteriography." Memang sangat ohsemlah saintis ni. Dengan guna bakteria saja boleh hasilkan karya seni yang mengagumkan. 

Ghostbuster Versi Steampunk Pada Abad Ke-19


Korang mesti tahu pasal Ghostbusters kan? Satu pasukan yang menangkap hantu dengan menggunakan peralatan yang canggih, betul tak? Dulu edy selalu tengok cerita tu kat TV3 masa sekolah rendah. Tapi, korang tahu tak, sebenarnya pasukan Ghostbuster ni dah wujud sejak abad ke-19 lagi tau! Tak percaya? Jom kita tengok sama-sama.

Ukiran Pencungkil Gigi Yang Mengagumkan


Siapa sangka, dengan hanya menggunakan pencungkil gigi sahaja boleh menghasilkan satu hasil seni yang mengagumkan. Kali ni edy nak kongsi dengan korang beberapa ukiran daripada kayu pencungkil gigi yang sangat menakjubkan. Jom kita tengok sama-sama.

Apabila Watak Sesame Street Diseramkan


Siapa masa kecik dulu suka tengok Sesame Street? Hehehe. Edy pun sama ugak, suka tengok rancangan Sesame Street. Kali ni, edy nak kongsi dengan korang. Seperti yang kita tahu, watak-watak dalam Sesame Street semuanya comel-comel belaka, kan? Klai ni jom edy bawak korang tengok macam pulak rupa diorang selepas diseramkan. Hehehe.

Rambut Palsu Air Yang Ohsem


Seni menggunakan air memang tiada batas. Kali ni edy nak kongsi dengan korang rambut palsu yang diperbuat daripada air. Pelik, kan? Hehehe. Sebenarnya, rambut palsu air ini menggunakan belon yang berisi air di dalamnya Ketika ia diletupkan, kamera mikro akan menangkap shot ketika belon itu pecah. Dan, hasilnya sangat ohsem. Beri tepukan tangan kepada jurugambar Tim Tadder. Jom kita tengok hasil seni rambut palsu air ni.

Perkataan Yang Digambarkan


Sesetengah perkataan apabila digamrkan akan jadi nampak unik tau. Dan ia memberi gambaran yang jelas apa yang hendak dikatakan. Kali ni edy nak kongsi dengan korang beberapa perkataan yang diilustrasikan atau digambarkan dengan gaya kreatif sekali. Jom kita tengok sama-sama.

Koleksi Gambar Vintaj Yang Menyeramkan


Kali ni, edy nak kongsi dengan satu koleksi beberapa vintaj atau gambar lama yang agak menyeramkan. Hehehe. Sebenarnya, kesemua gambar ni diambil daripada akaun Flickr milik Library of Congress dan ia diberi sentuhan seram dalam format GIF oleh artis bernama Kevin J Weir. Sebelum tu, edy nak mohon maaf sebab entri ni korang kena bersabar sedikit sebab gambar akan mengambil masa sedikit untuk loading ketika entri ini dibuka. Harap maklum. Jom kita lihat koleksi gambar-gambar ini sama-sama.

Bila Pokemon Dilukis Oleh Tim Burton


Siapa pernah dengar nama Tim Burton? Ya, beliau merupakan seorang pengarah filem yang terkemuka. Kali ni edy nak kongsi dengan korang apa akan jadi apabila watak-watak dalam Pokemon mendapat sentuhan Tim Burton. Nak tahu? Jom kita selidik sama-sama.

Bila Barrack Obama Dibayangkan Sebagai Adiwira


Apa jadi bila presiden Amerika yang terkini, iaitu Barrack Obama dibayangkan sebagai superhero? Hehehe, lukisan kat atas ni adalah bayangan kanak-kanak yang mana mereka membayangkan Barrack Obama sebagai superhero. Jom tengok lukisan yang lain pulak di bawah ni.

Logo-Logo Twitter Yang Kena Reject


Kali ni edy nak kongsi dengan korang beberapa hasil karya seni yang dihasilkan oleh seorang ilustrator bernama Ape Lad. Beliau menggunakan logo lama laman sosial terkemuka masa kini iaitu Twitter menjadi hasil seninya yang diterapkan interpretasi seni pop. Memang sangat unik. Jom kita tengok sama-sama hasil karya beliau.

Seni Roti Bakar Yang Kawaii


Roti bakar yang kawaii belaka ni adalah hasil seni seorang artisan dari negara Jepun yang tidak diketahui. Walaupun begitu, roti ni sangat comel sampai tak sanggup nak makan tau. Jom tengok lagi beberapa roti bakar yang kawaii-kawaii belaka.

Seni Batu Yang Sangat Unik


Seorang pengarca dan artisan batu dari negara Jepun, Hirotoshi Itoh, telah menghasilkan hasil seninya dengan hanya menggunakan batu-batuan yang dia ambil di kawasan tebing sungai. Memang sangat unik, kelakar dan mengagumkan korang tengok nanti. Jom tengok sama-sama.

Bila Muka Kena Angin Kuat


Entri kali ni edy nak kongsi dengan korang beberapa gambar yang diambil ketika angin kuat dihalakan ke arah muka mereka yang mengambil gambar ni. Memang korang akan nampak nanti muka-muka yang lawak, pelik dan yang menakutkan pun ada jugak. huhuhu.

Lawak-Lawak Orang Lidi


Siapa cakap orang lidi tak boleh buat lawak? Boleh jer tau. Kali ni edy nak kongsi dengan korang lawak orang lidi yang mermang best-best. Jom kita baca sama-sama. Enjoy.

Pisang. Pisang. Dan Pisang


Entri kali ni penuh dengan sejenis buah yang sangat popular di dalam kehidupan harian kita iaitu PISANG. Kat mana-mana mesti ada jual pisang goreng, kek pisang, betul tak? Hehehe. Korang jangan sampai ada yang bosan pulak sebab entri kali ni penuh dengan pisang jer. Hehehe. Enjoy