Seni Makanan Ringan Yang Ohsem


Makanan ringan atau snek sangat digemari terutamanya kanak-kanak. Masa zaman budak-budak dulu pun sampailah sekarang, edy gemar jugak makan snek, cuma kena kurangkanlah sebab banyak garam dan perisa kan. Huhuhu. Apa pun, edy bukan nak sentuh pasal khasiat makanan ringan tetapi apa yang berjaya dihasilkan oleh seorang artisan dari negara Jepun di mana beliau membuatkan snek yang bosan dimakan menjadi menarik dan hebat. Iaitu beliau menghasilkan seni ukiran pada snek.


Koshi Kawachi, artisan Jepun, menggunakan makanan ringan sebagai medium untuk menghasilkan karya hebat. Edy sendiri tak sangka, hanya guna snek saja beliau mampu buat sebuah karya yang sangat hebat. Serius. Beliau gemar menggunakan snek Umaibo [snek jagung yang berbentuk jejari], Potechi [keropok kentang] dan Baby Star [snek mi rangup - macam mamee monster]. Dan kalau korang nak tahu, ukiran beliau ini ialah patung agama Buddha. Jom tengok hasil seni beliau yang ohsem ni.




0 orang dah puas hati: