Pembongkaran Kekejaman Industri Kilang Daging

Kalau waswas nak baca, jgn klik baca seterusnya. 
Di Malaysia, industri kilang yang melibatkan makanan dipantau oleh beberapa pihak terutamanya JAKIM. Ini kerana makanan yang dihasillkan mestilah halal dan memenuhi kriteria halal di negara kita. Contohnya apabila melibatkan makanan seperti daging. Ia melibatkan proses seperti penyembelihan, pemprosesan dan lain-lain lagi. Kali ni edy nak berkongsi dengan korang sat video pembongkaran mengenai kekejaman industri kilang daging di luar negara. Video di bawah hanya tontonan untuk 18 tahun ke atas sahaja. Harap maklum.




Sedih edy menonton video di bawah ni. Video di bawah ni menunjukkan pembongkaran industri kilang daging di luar negara. Pembongkaran ini dilakukan oleh Alec Baldwin, seorang pelakon dan aktivis. Pelbagai jenis haiwan diseksa dan disembelih dengan kejam semata-mata untuk mendapatkan daging. Edy geram betul bila tengok satu babak dalam vide ni di mana diorang main rampas saja seekor anak lembu yang sedang menyusu dengan ibunya yang bakal disembelih. Mungkin ramai yang tak tahu lagi tentang keadaan ini jadi edy sekadar berkongsi dengan korang semua untuk tatapan dan tauladan kita bersama. Nak sembelih haiwan kenalah buat elok-elok, kan. Korang tontonlah video kat bawah ni okey.

[ sumber ]

0 orang dah puas hati: