Wiskey Halal Pertama Di Dunia


Whiskey halal? Bunyi macam pelik, kan? Kali ni edy nak kongsi dengan korang mengenai whiskey halal yang diberi nama Arkay. Arkay ialah whiskey pertama di dunia yang bebas alkohol. Selain itu, ia juga bebas lemak dan gula. Ia dihasilkan dan dipasarkan di sebuah syarikat yang terletak di Florida, USA. Di pasaran, Arkay menggunakan cogan kata yang berbunyi: "Don't drink and drive unless it's Arkay." Produk Arkay ini sudah mendapat kelulusan FDA untuk dijual malah turut mendapat sijil HALAL dari Jabatan Agama Amerika Syarikat. 





Maasih belum diketahui lagi samada Arkay akan mendapat sijil halal Jakim atau tidak. Yalah, manalah tahu bila buat ujian DNA ada pulak DNA masonic dalam tu, kan? Kita semua sedia maklum bahawa hanya makanan yang disahkan oleh Jakim sijil halalnya sahaja yang boleh kita makan atau minum. Yang lain semuanya masonic belaka dan palsu. Sebotol Arkay dijual dengan harga USD10 untuk 1 liter dan USD4 untuk 350ml! 

1 orang dah puas hati: