Belasungkawa Untuk Seniman Datuk Yahya Sulong


Semalam kita telah pun kehilangan seorang lagi anak seni yang terkemuka di negara kita. Iaitu pemergian Allahyarham Datuk Yahya Sulong, 85 tahun, telah pun kembali ke rahmatullah pada 6 Februari 2013. Berikut adalah berita lanjut mengenai pemergian beliau.



Presiden Seniman, Zed Zaidi baru sahaja memaklumkan menerusi laman Twitter yang pelakon veteran, Datuk Yahya Sulong baru sahaja meninggal dunia. Al-fatihah.

Pelakon dan pelawak veteran, Datuk Yahya Sulong, 85, menghembuskan nafasnya yang terakhir di Hospital Kuala Lumpur (HKL), pada pukul 6.45 petang ini.

Menurut Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi, Allahyarham meninggal dunia kerana sakit tua.

“Jenazah akan dibawa pulang ke kampung halamannya di Teluk Intan, Perak pada malam ini juga,” ujar Zed Zaidi kepada Utusan Malaysia.

Marilah kita sedekahkan al-Fatihah untuk allahyarham. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. 

Al-Fatihah.

0 orang dah puas hati: