Lego Paling Mahal Di Dunia


Percaya atau tidak, lego di atas adalah lego paling mahal di dunia yang pernah dihasilkan dan dijual. Lego ini bukanlah seperti lego yang biasa. Lego ini diperbuat daripada jongkong emas dan dibentukkan menjadi lego. Kalau korang nak tahu harganya sahaja mampu mencecah sehingga hampir $15,000 [RM45, 579.21]! Mak aii! Ni betul-betul gila dengan barang mainan ni. Sampai buat pakai emas betullah. 

Brick Envy, yang merupakan sebuah gedung jualan online telah mendedikasikan lego emas 2x4 ini kepada para pengumpul permainan kanak-kanak paling terkenal di seluruh dunia iaitu Lego. Berat lego emas ini ialah 25.65g dan diperbuat daripada emas 14K. Dan ia dibuat serupa dengan saiz asal brik lego yang berukuran 2x4. Pada asalnya, brik lego emas ini hanya digunakan sebagai hadiah anugerah pekerja terbaik dari tahun 1979-1981 di sebuah kilang di Jerman. Lego istimewa ini disediakan juga bersama bekasnya yang juga nampak eksklusif. Kat bawah ni edy kongsikan sekali beberapa gambar lain lego emas ini okey. Enjoy.




0 orang dah puas hati: