Asal-Usul Nama Negeri Sabah


Siapa yang tahu asal-usul nama negeri Sabah? Tak tahu? Orang Sabah sendiri takkan tahu? Hehehe. Tak apalah, kali ni edy nak berkongsi dengan korang semua tentang asal-usul nama negeri di bawah bayu iaitu Sabah.Jom kita baca sama-sama.

Entri yang unik lagi menarik perhatian ini edy petik dari sebuah blog yang bernama SabahLuv.com. Jom kita baca sama-sama untuk tambah lagi ilmu pengetahuan kita bersama-sama:


Lirik Lagu Negeri Sabah

Sabah tanah airku
Negeri kita yg tcinta
Pemuda pemudi semua marilah
Bangunlah bsatu semua
Marilah bsama serta maju jaya
Merdeka sepanjang masa
Bsatu segalah bangsa sentosa
Sabah negeri merdeka.



1. Cerita kali ini pula yang admin jumpa dalam Sabah Forum, so kongsi bersama pembaca semua. Mesti kamu tertanya-tanya kan nama Sabah ni berasal dari mana. Kalau dalam buku sejarah dulu dia cakap, nama Sabah ni berasal dari sejenis Pisang Saba.
2. Jadi admin pun cari la macamana Sabah ini dapat nama. Cari-cari dan jumpa dalam Sabah Forum, banyak betul versi nama Sabah ni datang. So take it as your bacaan ringan ja la ar.
3. Versi pertama, nama Sabah berasal daripada sejenis Pisang Saba. So basically yang ini ramai orang tau la kan.
saba
Nama negeri Sabah dikatakan berasal daripada perkataan ‘saba’ iaitu sejenis buah pisang yang dipanggil pisang saba oleh masyarakat kaum Î’ajau, yang sangat popular dibuat pisang goreng. Pisang saba ini juga dikenali sebagai pisang jaba oleh segolongan masyarakat Bajau dari suku yang serumpun. Negeri ini disebut sebagai Sabah kerana masyarakat di sekitar pantai barat negeri Sabah kebanyakannya menanam pisang jenis ini sebagai bahan makanan.Asal usul nama Sabah juga dikenali sebagai Seludang.Dalam bahasa Jawa seludang dinamakan sebagai Sabah ,sebab itulah Negeri Sabah dikenali sebagai Seludang.
4. Tu versi Pisang Saba. Kali ni versi yang lucu sikit. Versi Dongeng.
Dongeng orang-orang tua, satu hari penjajah datang dan bertanya “Milik siapa ka negara ini?” lalu orang tempatan bercakap “saa bhaaa” (siaaa punyaaa bhaaa)!!!!
5. Ok tadi versi dongeng, now ada Versi Arab-arab sikit. 
Dalam surah Al-A’la ada disebut “Sabbihis marabbikal a’la” bermaksud “sucikanlah nama Tuhanmu yang maha tinggi”.SABBIH itu berasal daripada perkataan SABBAHA yang bermaksud orang yang berenang sambil menjauh. Ok, kita tengok pulau ini memang terdapat masyarakat yang tinggal di atas permukaan air dan berenang atau bersampan merupakan aktiviti utama untuk bergerak. Jadi, perkataan ‘sabbaha’ merujuk kepada perbuatan penduduk tempatan yang suka berenang.
Satu lagi pendapat mengatakan, sabbaha berasal daripada perbuatan mensucikan diri daripada dosa. Jika dilihat daripada segi perkembangan mentaliti rakyat sabah, memang terdapat kualiti yang menyeru kepada suka melakukan perkara-perkara kebaikan sebagai contoh orang sabah amat memuliakan tetamu sama ada orang tempatan atau orang asing, orang Sabah juga pemaaf, orang Sabah suka berderma atau bersedekah dan suka menghubungkan tali kekeluargaan ataupun tali silaturrahim.
Jadi kenapa kita dinamakan Sabah, sebab kita memiliki ciri-ciri diatas iaitu makna ringkasnya orang ‘sabaha’ atau sabah amat menjaga kesucian hati dan menghindar diri daripada melakukan dosa.
Wallahualam bissawwab bermaksud Allah saja yang maha mengetahui segalanya.
6. Ok tu versi Arab. Dalam bahasa Arab, Sabah juga bermaksud ‘PAGI‘. Lagi versi  Arab.
Dulu2 di negeri Arab , ada sebuah negeri yang bernama ‘saba’ atau ‘sheba’. Suatu masa pedagang2 arab sedang belayar ke negeri cina tapi terpaksa berlabuh ke sini sebab atau ribut tropika masa tu. Disebabkan keindahan negeri ini , diurang menamakan negeri ini ‘saba‘ atau ‘sabah‘ yang membawa maksud indah dan damai.
7. Ini cerita versi tempatan. Dasasabah merujuk kepada lautan.
lautan
Kalau cerita moyang saya, ‘Dasasabah‘ bermaksud laut. Maksudnya orang pulau ini kalau mau turun ke laut dia cakap ‘Mongoi Dasasabah‘. Jadi orang luar yang singgah disini dengar orang tempatan sebut ‘Sasabah‘. Itu yang orang sangka negeri ni namanya ‘Sabah’. Pisang Sabah jadi namanya sebab banyak tumbuh disini. Tapi kalau di sini diorang panggil Pisang Nipah.
8. So ini antara versi cerita orang la bagaimana Sabah dapat itu nama. Dulu masa zaman British, ini Sabah dikenali dengan nama North Borneo oleh British pada masa itu. Siapa ada cerita mengenai asal-usul sabah lagi, boleh share dekat bawah. Happy Reading!=)

Sekarang dah tahu dah asal-usul nama negeri Sabah? Apa lagi, jangan lupa kongsikan jugak kepada kawan-kawan yang lain okey. 

0 orang dah puas hati: