Pakaian Bunga Ros Untuk Kekasih


Memang betul apa yang selalu kita dengar, demi cinta rela lakukan segala-galanya. Itulah yang dilakukan oleh seorang lelaki di negara China di mana semi cintanya terhadap kekasih yang dicintai, dia telah memberi kekasihnya satu hadiah yang sangat istimewa dan mengagumkan. Iaitu, sepasang pakaian yang diperbuat daripada bunga ros sebanyak 9,999 kuntum. Hebat kan!

Dengar macam cerita dongeng kan tapi itulah realitinya. Xiao Fan menghadiahkan dulu pakaian bunga ros ni kepada kekasihnya, Yin Mi dan selepas Yin Mi memakai pakaian tu, Xiao Fan terus melamar Yin Mi. Lamaran Xiao Fan dibuat di sebuah taman di provinsi Guangdong. Memang sweet sangat kan pasangan ni. Kenapa dia buat baju guna 9,999 kuntum bunga ros? Kenapa tak cukupkan 10,000 kuntum? Ini sebab dalam kepercayaan orang Cina, nombor 9 bermaksud abadi atau selama-lamanya. Jadi, pakaian ni dibuat sebagai simbolik cinta mereka berdua yang akan kekal selama-lamanya. Memang unik kan. 


3 orang dah puas hati:

Unknown said...

canteknye...untung si pemakai ni.. dah la cantek, buah hati pun romantik....huhu

Unknown said...

bertuah badan dpt lelaki romatntik sampai mcm tu

Farahin Ahmad said...

waaaaa....bestnyeeee !