Kampung Yang Mencipta Matahari


Sebuah kampung di Itali telah mencipta satu keajaiban di mana kampung mereka yang dahulunya sentiasa kelam kini telah bertukar ceria. Kalau korang nak tahu, diorang telah mengambil keputusan untuk mencipta matahari. Ya, matahari diorang sendiri. Memang sekali dengar bunyinya macam tak logik kan. Tapi, memang betul. Penduduk kampung ni dah berjaya cipta matahari diorang sendiri.

Maksud edy tadi, diorang dah cipta matahari diorang sendiri dengan membina sebuah cermin gergasi di sebuah atas sebuah bukit. Kalau korang nak tahu, sebenarnya kampung Viganella ni terletak di dalam sebuah kawasan lembah yang dalam. Jadi, cahaya matahari sukar nak sampai ke kampung. Apa diorang buat? Diorang berusaha jugak nak dapatkan cahaya matahari.


Gambar rajah kat atas ni menunjukkan bentuk muka bumi kawasan di perkampungan Viganella ni. Memang hebat betul ciptaan diorang ni. Selepas cermin tu dicipta, semua penduduk kat kampung gembira sebab dapat sinaran cahaya matahari untuk melakukan aktiviti harian diorang. Daripada sebuah kampung yang sering dilanda musim sejuk, kini kampung ni tak sejuk lagi malah jadi lebih suam. Idea mencipta cermin gergasi ni ialah ilham daripada seorang lelaki yang pintar iaitu Giacomo Bonzani. Beliau merupakan seorang arkitek dan pencipta jam matahari. Cermin gergasi ni berukuran 40 kaki persegi meter, 8 meter lebar, 5 meter tinggi dan ia diletakkan pada kedudukan 870 meter dari atas kampung tersebut. Lebih menariknya, cermin ini dikawal oleh komputer di mana ia akan menjejak cahaya matahari dan memancarkan cahaya tersebut ke kawasan kampung. Kalau korang nak tahu, secara tak langsung cermin gergasi ni menjadi tarikan para pelancong untuk datang ke kampung ni. Kat bawah ni edy sediakan beberapa gambar cermin gergasi tu dan satu video untuk tontonan korang ok.









0 orang dah puas hati: