Selamat Hari Bumi 2012


Diam tak diam, hari ni 22 April merupakan Hari Bumi untuk tahun 2012. Edy sendiri tak sedar hari ni adalah Hari Bumi Sedunia 2012. Itu pun edy sedar bila logo kat Google dah bertukar jadi tanaman bunga yang berwarna Google sendiri, Hehehe. 





Apa itu Hari Bumi? Meh edy terangkan sikit. Hari Bumi merupakan nama bagi dua sambutan yang berbeza, kedua-duanya diadakan setiap tahun ketika musim bunga di hemisfera utara, dan musim luruh di hemisfera selatan. Hari ini diadakan untuk meningkatkan kesedaran dan penghargaan kepada alam sekitar. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu juga meraikan Hari Bumi, yang dimulakan oleh John McConnell pada 1969, setiap tahun ketika ekuinoks, iaitu pencerapan global yang diasaskan oleh Gaylord Nelson sebagai pengajar alam sekitar, dan sejak Januari 1970, ia juga dikenali sebagai Hari Bumi, yang diraikan di kebanyakan negara setiap tahun pada 22 April. Untuk banyak lagi maklumat tentang Hari Bumi, korang klik kat sini okey. Edy nak ucapkan Selamat Hari Bumi tahun 2012 kepada korang semua sama ada blogger ataupun pembaca. Jagalah bumi kita kerana kita sebagai khalifah di muka bumi Allah mesti menjaga alam ciptaan-Nya. Jangan sampai Dia murka dan tarik semula hak milik-Nya. Kat bawah ni, edy sediakan satu video tentang Hari Bumi okey. Enjoy.






0 orang dah puas hati: