Inilah Bukti Katak Ini Paling Comel Di Dunia


Seperti yang kita tahu, katak boleh dikatogerikan sebagai haiwan yang jarang disenangi. Dengan kata lain. sebut saja katak pasti ada yang geli-geleman dengannya. Namun, adakah korang semua tahu bahawa ada satu spesies katak yang memang sangat comel dan yang paling comel di dunia. Gambar di atas ni adalah kataknya. Percaya atau tak, katak ini adalah katak paling comel di dunia. Tak percaya? Jom tonton video yang edy sediakan sebagai bukti.

Nama katak ini ialah Desert Rain Frog (Katak Hujan Gurun). Nama saitifiknya ialah Breviceps macrops. Spesies katak ini tergolong dalam keluarga Microhylidae. Ia boleh ditemui di Namibia dan Afrika Selatan. Habitat semula jadinya ialah kawasan subtropika atau tanah semak kering tropika dan tebing mensiang yang berpasir. Dan untuk makluman korang, katak ini termasuk dalam haiwan yang terancam habitatnya. Untuk maklumat lebih lanjut tentang katak unik ini, klik di SINI. Video yang membuktikan bahawa katak ini adalah paling comel di dunia edy sudah sediakan di bawah ini. Selamat menonton.


Kiut tak?
 ^_____^

[ sumber ]

2 orang dah puas hati:

Izwa Kamaruddin said...

comel keee..?heheheee...

Ayue Rejaluddin said...

Comelnya bunyi dia...
Macam anak kucing je.. =D