Angkasawan Neil Armstrong Meninggal Dunia


Siapa yang kenal dengan lelaki tua di atas ni? Pasti ramai yang tidak tahu. Beliau adalah antara angkasawan dari NASA yang berjaya samai ke bulan. Inilah wajah terkini Neil Armstrong. Sering kali kita tersalah fakta bahawa beliaulah orang pertama yang sampai ke bulan. Padahal, fakta sebenar adalah orang pertama yang sampai ke bulan ialah Yuri Gagarin, bukan beliau. Dan, terbaru edy mendapat tahu bahawa Neil Armstrong tidak memeluk agama Islam seperti yang kita dengar sebelum ini. Jom kita baca sedikit mengenai berita kematian beliau dan mengenai diri beliau sedikit.



WASHINGTON: Angkasawan Amerika Syarikat (AS), Neil Armstrong, manusia pertama menjejakkan kaki ke bulan meninggal dunia, lapor media AS hari ini. 

Beliau berusia 82 tahun. Armstrong menjalani pembedahan jantung awal bulan ini selepas doktor mendapati ada sekatan di pembuluh jantungnya. 

Beliau dan rakan angkasawan yang menaiki Apollo 11, Buzz Aldrin mendarat di bulan pada 20 Julai 1969 yang mencatat satu sejarah hebat serta mendapat tontonan ratusan juta penduduk dunia. - AFP [sumber]




Itu antara berita mengenai kematian Neil Armstrong. Untuk membaca mengenai Neil Armstrong bukan Islam, sila klik di SINI. Berikut, edy sediakan sedikit beberapa gambar kenangan ketika beliau masih hidup. Skrol ke bawah untuk melihat gambar-gambar beliau.












0 orang dah puas hati: