Nissan Fairlady 370z Untuk Shaheizy Sam Hilang


Alahai, malangnya nasib pemenang ABPBH 2012 baru-baru ini iaitu Shaheizy Sam di mana hadiah utama yang beliau menangi iaitu kereta mewah Nissan Fairlady 370z telah hilang. Apa yang telah berlaku sebenarnya ya?





Hadiah utama berupa kereta mewah Nissan Fairlady 370z untuk Bintang Paling Popular ABPBH yang sepatutnya menjadi milik Shaheizy Sam telah dilaporkan hilang, ia terjadi apabila kereta itu dicuri di sebuah pusat servis di Segambut.

Menurut laporan, kereta mewah itu dipercayai dilarikan oleh suspek yang sama dengan tiga lagi kes kecurian kereta mewah lain di Jalan Chan Sow Lin dan Bukit Bintang.   Bagaimanapun kereta terbabit telah ditemui semula dengan melakukan pengesanan GPS. Wahhh..canggihkan!

“Pada hari kejadian kira-kira 10.25 pagi, suspek memasuki perkarangan pusat servis sambil membawa fail dan berlakon seolah-olah ingin melihat kereta berkenaan. Suspek kemudiannya melarikan kereta tersebut dengan mudah kerana kunci kereta telah berada di dalam kereta itu”

“Kita percaya kejadian ini dilakukan suspek sama berdasarkan petunjuk dari rakaman kamera litar tertutup dan modus operandi yang sama”