Peminat Johan Asari Minta Doakan Hatinya Terbuka Untuk Peluk Islam


Pada bulan Mac yang lepas, ramai artis tempatan yang mengambil peluang untuk menunaikan ibadah umrah. Antaranya ialah Shila Amzah, Elfira Loy yang terbang ke tanah suci untuk melakukan ibadah umrah bersama-sama keluarga tercinta. Pelakon filem dan drama di TV3 iaitu Juvana, iaitu Johan Asari juga turut tidak melepaskan peluang untuk ke tanah suci bagi mengerjakan umrah. Namun, ada sesuatu yang unik dalam Twitter milik Johan Asari yang telah menarik perhatian ramai pihak.

Dalam Twitter Johan Asari, ramai para peminat yang mendoakan agar aktor ini selamat menjalankan ibadah umrahnya dan ada juga yang turut mengirimkan doa untuknya. Dalam ramai-ramai yang mengirimkan doa untuk Johan Asari, ada seorang follower Twitter beliau yang bernama Chai Tzyy Ping, di mana dia telah meminta agar Johan Asari mendoakan supaya satu hari nanti hatinya terbuka untuk memeluk agama Islam. 

Subhanallah.

1 orang dah puas hati:

Mama Amirul said...

WAH.... HARAP HATINYA TERBUKA UNTUK ISLAM... RASANYA BUKAN SAPA YANG BACA TWITT TU MESTI AKAN DOAKAN JUGA...