Hadis Palsu Popular #2 Menyapu Muka Selepas Solat


Alhamdulillah, hari ni edy nak berkongsi dengan korang mengenai buku 40 Hadis Palsu oleh Abdul Razak Muthalib keluaran PTS Islamika. Sebelum tu, edy lupa nak bagitau korang dan dalam entri pertama untuk perkongsian hadis palsu ni. entri yang edy buat ni memang diambil daripada buku ni tetapi edy tak ikut turutan dalam buku ni ok. Bukan apa kang ada yang dah beli buku ni nanti cakap, eh apsal dalam buku susunan hadis ni lain, dalam blog edy ni lain. tak pasal-pasal, blog edy akan kena serang. huhuhu. so, be alert dengan makluman edy ni ya korang. jadi, hari ni edy nak berkongsi dengan korang tentang hadis palsu mengenai menyapu muka selepas solat.

Hadis tersebut berbunyi begini:

Anas bin Malik menceritakan: "Apabila Rasulullah selesai daripada solatnya, beliau menyapu dahinya dengan tapak tangan kanannya. Kemudian dia melalukan daripada atas muka hingga sampai ke janggutnya, lalu berdoa: "Dengan nama Allah yang tiada Tuhan selain Dia, Yang Maha Mengetahui perkara ghaib dan nampak, Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Ya Allah, jauhkanlah aku daripada kesempitan, kesedihan dan kedukaan, Ya Allah, dengan segala pujian buat-Mu aku berpaling, dengan dosaku aku mengaku, aku berlindung kepadaMu daripada terjebak dengan kejahatan yang aku terjebak, dan aku mohon perlindungan dengan-Mu daripada tekanan bala dunia dan azab akhirat."


Sekarang mari kita dengar ulasan daripada para sarjana hadis tentang hadis ini:

  • Hadis ini direkodkan oleh Abu Nu'aim dalam Akhbar Asbahan. Al-Albani dalam Silsilah Ahadith al-Daifah wa al-Maudua'h menyatakan bahawa hadis ini adalah palsu.
Terdapat satu lagi hadis yang menyebut tentang perbuatan menyapu muka selepas solat. Namun, hadis ini juga berada pada tahap yang lemah.

Anas bin Malik menceritakan: "Apabila Rasulullah selesai daripada solat, beliau menyapu muka atas kepalanya dengan tangan kanannya dan berkata: "Dengan nama Allah yang tiada Tuhan melainkan Dia, Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Ya Allah, jauhkanlah daku daripada dukacita dan kesedihan." Dalam sebuah riwayat, beliau menyapu dahinya dengan tangan kanannya sambil berdoa: "Ya Allah, jauhkanlah aku daripada kesempitan dan kesedihan."

  • Al-Haithami dalam buku Majma' al-Zawaid wa Mamba' al-Fawaid menyatakan dalam sanad-sanad hadis ini terdapat kelemahan.
  • Al-Hafidz Ibn Hajar dalam buku Natajj al-Afkar menyatakan hadis ini daif jiddan (sangat lemah)
  • Al-Albani dalam Silsilah Ahadith al-Daifah juga menyatakan, ia adalah sangat daripada apa yang direkodkan oleh Ibn al-Sunni.


Jadi, marilah kita sekilas pandang tentang hadis palsu ini. Boleh dikatakan amalan menyapu muka selepas memberi salam pada akhir solat dilakukan oleh majoriti masyarakat Melayu di nusantara ini. Hasil kajian para sarjana hadis, ternyata tidak ada hadis sahih ataupun hasan yang menyebut perkara ini kecuali ia adalah lemah dan juga palsu. Maka, amalan ini bukanlah daripada sunnah Rasulullah. Tetapi, kenapa ramai orang buat yang melakukannya? Dan jawapan yang akan kita mungkin berbunyi seperti ini:


"Memang ramai orang yang buat, jadi aku pun buat."

"Sejak dari kecil lagi aku tengok orang buat, jadi aku pun ikut."

"Benda sunat. Elok sekiranya kita buat."

"Tidak tahu."

Dan mungkin ada lagi beberapa jawapan lain lagi. Sekiranya yang pengetahuannya sedikit, mungkin mereka akan berhujah dengan hadis lemah dan palsu yang disebutkan tadi. Mari kita ingat semula apakah yang dimaksukan dengan solat. Sewaktu di sekolah dahulu kita diajar bahawa solat itu ialah: "Beberapa perkataan dan perbuatan tertentu yang dilakukan pada waktu tertentu dimulai dengan takbiratul ihram dan disudahi dengan ucapan salam." Dalam pengertian ini, disebutkan bahawa solat dimulai dengan takbiratul ihram dan disudahi dengan salam, dan bukan dengan menyapu muka.

Solat adalah ibadah khusus. Apabila ia ibadah maka ia adalah perkara tauqifiyah, iaitu suatu perkara yang mesti dibuat berdasarkan petunjuk dalil-dalil yang sahih. Solat mesti mengikut petunjuk Nabi Muhammad sahaja, buka hanya ikut-ikut dan dibuat sesuka hati. Oleh itu, kesimpulan dalam masalah ini adalah perbuatan menyapu muka selepas solah bukanlah suatu perkara sunat yang dilakukan oleh Rasulullah. Tidak perlu melakukannya kecuali jika ada keperluan seperti ingin menyapu pasir atau debu yang melekat di dahi atau pada muka. Sebelum edy akhiri entry ni, ada satu pesanan Rasulullah S.A.W. untuk kita buat panduan korang dan diri edy sendiri:

"Solatlah kamu seperti mana kamu melihat cara aku solat."
                                                                                       (Direkodkan Bukhari & Muslim)



p/s daripada edy: ini sekadar perkongsian ilmu untuk korang. jika tidak faham atau ragu-ragu silalah bertanya kepada mereka yang lebih arif dalam bidang hadis dan al-Quran ok.

1 orang dah puas hati:

Unknown said...

Selepas memberi salam, itu sudah kira keluar dari solat. Maka sekiranya awak sapu muka atau sapu apapon yang awak mahu terpulang pada awak.