Pertandingan Ratu Cantik Ikan Emas Pertama Di Dunia


Sebut pasal pertandingan ratu cantik, mesti korang terus set dalam fikiran korang ada ramai perempuan cantik, yang menang dipakaikan selempang dan mahkota ratu cantik, kan? Tapi, korang tahu tak sebenarnya ada jugak pertandingan ratu cantik yang bukan untuk manusia, tetapi untuk ikan emas sahaja.

Pertandingan Ikan Emas Antarabangsa atau International Goldfish Championship telah diadakan di Fuzhou, Provinsi Fujian, China, merupakan pertandingan ratu cantik pertama di dunia untuk ikan emas. Ikan emas yang menang akan ditabalkan menjadi Ratu Ikan Emas Dunia atau World Goldfish Queen. Sebanyak 3,000 ekor ikan emas dari 14 buah negara masuk bertanding untuk pertandingan bertaraf dunia ni. Kalau korang tengok sendiri gambar kat atas ni, tempat pertandingan ni penuh dengan mangkuk putih yang besar. Di dalam mangkuk itulah ada para peserta iaitu ikan-ikan emas yang sedang dinilai oleh para juri. Menurut juri pertandingan ini, Ye Qichang, ikan-ikan emas ini dinilai markahnya melalui lima kriteria utama iaitu baka, bentuk badan, gerakan berenang, warna dan yang paling utama ialah  keseluruhan tarikannya. Jom kita tengok suasana di sesi pertandingan bertaraf dunia ni sama-sama.



[ sumber ]

0 orang dah puas hati: